Lagi Tentang RM 11 Juta

Hari ini Berita Harian siarkan lagi berita tentang wang RM 11 juta untuk sistem keputusan SUKMA. Mengikut berita tersebut bekas Ketua Pengaran Majlis Sukan Negara, Datuk Wira Mazlan Ahmad telah mencadangkan bahawa MSN berbelanja hanya RM1.8 juta pada penghujung 2004 – bertujuan membeli sistem hampir sama dan telah diluluskan. Beliau membuat cadangan tersebut untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara pada ketika itu selepas kejayaan sistem tersebut dalam SUKMA 2004 di Negeri Sembilan.

MSN ketika itu ada terima tawaran syarikat yang membangunkan program sama yang mahu menjual perisian itu. Program itu digunakan untuk Sukma 2002 di Sabah dan juga 2004 di Negeri Sembilan dan keberkesanannya sudah terbukti.

“Selepas mengambil kira harga tawaran, selain sistem itu sudah terbukti berkesan pada dua temasya Sukma sebelumnya, MSN kemukakan cadangan untuk menerima tawaran membelinya daripada syarikat itu.

“Ia bertujuan supaya ia jadi milik MSN dan MSN kemudiannya mampu meminjamkannya kepada tuan rumah Sukma seterusnya,” kata Mazlan. – Berita Harian.

Baca selanjutnya.

Author: zaharibb

I am just a small blogger writing about sports, travel and lifestyle and turned into a social media influencer. Will undertake to accept write up invitations. to blog and to share on my social media platforms,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s