Harapan Dari Memanah?

Ketika kita menantikan keputusan seterusnya tentang pemain badminton negara, Lee Chong Wei, satu lagi harapan baru telah muncul di gelanggang memanah. mStar melaporkan bahawa pemanah negara Cheng Chu Sian telah mengatasi pemegang rekod Olimpik Lee Chang Hwan untuk mara ke suku akhir individu lelaki hari ini.

Kedua-duanya terikat 105-105 setelah 12 panahan. Baca seterusnya SINI. Lihat keputusannya DI SINI.

Siapa Manusia Terpantas Dunia?

Tiga jaguh yang dipaparkan dlam gambar yang saya ambil dari Kosmo online ini akan menjadi tumpuan peminat sukan seluruh dunia khususnya olahraga apabila mereka bersiang untuk bertarung di final olahraga Beijing 2008. Siapa akan menjadi manusia terpantas di dunia? Ianya akan ditentukan pada 16 Ogos 2008 jam 22.30 waktu di Beijing.

Buat masa ini Usain Bolt dari Jamaica adalah merupakan pemegang rekod dunia dengan pecutan 9.72 saat.

Asafa Powell juga dari Jamaica telah mencatatkan masa 9.74 saat pada bulan Mei 2008 sementara seorang lagi pencabar ialah Tyson Gay dari Amerika Syarikat dengan catitan terbaiknya 9.77 saat.

Piala Malaysia 2008

Perebutan Piala Malaysia semakin sampai ke kemuncak dengan dua lagi perlawanan timbal balik antara empat pasukan terbaik setakat ini. Kedah akan bertandang ke Terengganu dan Selangor ke Johor. Setakat ini Kedah sedang mendahului Terengganu 3-0 setelah tamat perlawanan pusingan pertama sementara Selangor mendahuli Johor FC dengan 2-0. Kedua-dua pasukan ini berada dalam kedudukan selesa setakat ini dan 90 minit berikutnya pada 16 Ogos yang akan menentukan siapa akan melangkah ke Final pada 23 Ogos nanti. Kedah dalam pemburuan piala ketiga tahun ini untuk mencipta rekod yang sukar untuk diatasi oleh negeri-negeri lain sementara Selangor pula dalam misi mengagalkan Kedah dan mengembalikan statusnya yang tercemar setelah mencatat sejarah dengan menjadi pasukan negeri pertama memenangi treble pada tahun 2007 sebelum dipadamkan oleh Kedah pada tahun 2007.

Kita telah menyaksikan pertemuan Kedah – Selangor dalam Piala FA dengan kemenangan berpihak kepada Kedah 3-2. Kini sekali lagi Kedah dijangka akan bertemu dengan Selangor untuk merebut piala paling berprestij dalam kancah bolasepak negara.

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: