Perebutan Piala Malaysia semakin sampai ke kemuncak dengan dua lagi perlawanan timbal balik antara empat pasukan terbaik setakat ini. Kedah akan bertandang ke Terengganu dan Selangor ke Johor. Setakat ini Kedah sedang mendahului Terengganu 3-0 setelah tamat perlawanan pusingan pertama sementara Selangor mendahuli Johor FC dengan 2-0. Kedua-dua pasukan ini berada dalam kedudukan selesa setakat ini dan 90 minit berikutnya pada 16 Ogos yang akan menentukan siapa akan melangkah ke Final pada 23 Ogos nanti. Kedah dalam pemburuan piala ketiga tahun ini untuk mencipta rekod yang sukar untuk diatasi oleh negeri-negeri lain sementara Selangor pula dalam misi mengagalkan Kedah dan mengembalikan statusnya yang tercemar setelah mencatat sejarah dengan menjadi pasukan negeri pertama memenangi treble pada tahun 2007 sebelum dipadamkan oleh Kedah pada tahun 2007.
Kita telah menyaksikan pertemuan Kedah – Selangor dalam Piala FA dengan kemenangan berpihak kepada Kedah 3-2. Kini sekali lagi Kedah dijangka akan bertemu dengan Selangor untuk merebut piala paling berprestij dalam kancah bolasepak negara.