Bagi rakyat Malaysia disamping keputusan perlawanan malam ini pada jam 20:48 waktu China, mereka juga tertanya-tanya sama ada Chong Wei akan memperolehi ganjaran RM 1 juta yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia bag memenangi pingat emas Olimpik.
Bagi Chong Wei ganjaran itu bukan prioriti tetapi bermain untuk negara.
Jika Chong Wei mampu meraih pingat malam nanti beliau akan mencipta dua sejarah iaitu rakyat Malaysia pertama memenangi pingat emas pertama Malaysia di Olimpik dan ganjaran RM 1 juta, ganjaran tertinggi dalam bidang sukan di negara ini.