Pemain Badminton Negara Bersara

Tidak ada sesiapa pun akan dapat menceburi sukan prestasi tinggi selam-lamanya. Apabila usia sudah meningkat melebihi 30 tahun dia dianggap sebagai sudah tua untuk beraksi. Namun di Malaysia persepsi pemian tua adalah pada usia lebih rendah dari itu. Apabila seseorang pemain atau atlet berusia di akhir 20an dia sudah dianggap kuda tua walhal dia masih lagi boleh memberi sumbangan yang bermakna dan pengalamannya dapat mengatasi atlet yang masih muda. Namun demikian persepsi dia sudah tua, membuatkan dia akan hilang semangat. 
Carl Lewis yang mula dikenali sebagai jaguh pecut dunia apabila memenangi pingat emas dalam Olimpik Los Angeles 1984 dan mencapai ranking dunianya pada usia 35 tahun.  Pada usia yang sama juga beliau masih boleh memenangi pingat emas Olimpik iaitu dalam acara Lompar Jauh di Atlanta pada tahun 1996. 
Ben Johnson juga mula memangi pingat Olimpik di Los Angeles pada tahun 1984, iaitu Gangsa pada usia beliau 23 tahun dan pada usia 31 tahun masih lagi berjaya mewakili Kanada dalam Olimpik di Barcelona setelah mengakhiri hukuman gantung kerana dadah sewaktu Olimpik di Seoul 1988. 
Muhammad Ali (Cassius Clay) jaguh tinju yang teragung mula memenangi pingat iaitu emas di Olimpik di Rome pada tahun 1960 pada usia beliau 18 tahun. Beliu terus menjadi peninju profesional dan memenangi kejuaraan dunia sebanyak tiga kali. Muhammad Ali bersara dari dunia sukan pada usia 37 tahun. 
Itu sekadar menamakan atlet yang memberi sumbangan sehingga menjangkau usia 30 tahun. 
Hari ini dalam The Star online ada dipaparkan bahawa tiga jaguh badminton negara kita mengumumkan persaraan dari BAM walaupun tidak dari dunia badminton. Mereka ialah  Wong Choong  Hann, Lee Wan Wah and Choong Tan Fook. 

Apakah mereka menganggap diri mereka sudah tua atau memikirkan masa hadapan? Walau apapun keinginan mereka untuk terus berkhidmat dalam dunia badminton adalah langkah yang patut dipuji. Sememangnya pengalaman mereka amat diperlukan untuk melahirkan lebih ramai pemain bdaminton yang mampu memberi saingan negara di peringkat antara bangsa. Kesediaan mereka untuk menjadi jurulatih dan mengikuti kursus kejurualtihan amat dialu-alukan.

 
Advertisements

2 Comments Add yours

  1. rizal hashim says:

    Betul tuanSalam Eid Mubarak to you and family, maaf zahir dan batin. Balik Kedah ka

  2. cikgu says:

    Terima kasih rizal, Selamat hari raya kepada sdr sekeluarga juga. Saya dah balik Kedah. Raya kat Kedah boleh makan ketupat daun palas. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s