15 Oktober 2008 akan diadakan majlis rumah terbuka Kementerian Belia dan Sukan. Majlis ini yang akan merupakan majlis bersama bagi organisasi-organisasi di bawah Kementerian seperti Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan akan diadakan di perkarangan Stadium Putra di Bukit Jalil. Majlis diadakan mulai jam 11.00 pagi hinggalah 5.00 petang.
Day: October 14, 2008
Pesta Bola Merdeka 2008
Besok akan bermula pesta bola yang pernah menjadi perlawanan berprestij dan terulung di rantau Asia satu masa dulu, Pesta Bola Merdeka. Pesta itu yang diadakan sempena menyambut kemerdekaan negara telah diasaskan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.