Bayaran Insentif Guru Sukan

Saya baharu sahaja selesai melaksanakan Kursus Sains Sukan Tahap I di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan di Kuching, Sarawak. Kursus ini disertai oleh guru-guru di seluruh Sarawak yang telah dikenalpasti untuk dilantik sebagai jurulatih sukan di sekolah-sekolah terpilih di Sarawak. Seramai 35 orang guru telah menghadirinya. Ia dianjurkan oleh Bahagian Sukan, Seni dan Kebudayaan (BSSK), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negara Malaysia. Majlis penutupan dilaksanakan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kejurulatihan BSSK, En. Mohd Yamin bin Mohd Yusof. 
Program ini adalah merupakan persiapan Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah mengujudkan skim Bayaran Insentif Jurulatih Sukan di peringkat sekolah dalam usaha meningkatkan lagi mutu sukan negara khususnya dalam sukan prestasi tinggi. Buat permulaan tiga sukan telah dipilih untuk skim ini iaitu olahraga, Sepak Takraw dan Memanah. 
Guru-guru yang dilantik akan dibayar insentif untuk melatih pelajar sekurang-kurangnya 3 sesi dalam seminggu dengan 2 jam setiap sesi latihan. Mereka akan dibayar insentif diantara RM 225 hingga RM 375 sebulan berdasarkan kelayakan kejurulatihan masing-masing. Jurulatih ini diwajibkan memilikki sijil Sains Sukan yang dikeluarkan oleh Majlis Sukan Negara dan juga Sijil Sukan Spesifik sukan berkenaan yang dikelolakan oleh Persatuan sukan masing-masing baharulah boleh dibayar insentif latihan tersebut. 
Sehingga kini BSSK telah menganjurkan sebanyak 10 Kursus Sains Sukan di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan yang dikendalikan dan diiktiraf oleh Majlis Sukan Negara. 

Pesta Bola Merdeka Edisi Ke 40 – Malaysia Gagal Lagi

Malam ini perlawanan akhir pesta bola Merdeka berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan sepenuhnya berakhir dengan seri dan berlangsung selama 30 minit lagi dalam masa tambahan. Keputusan belum dapat ditentukan dan seterusnya tendangan penalti. Kesemua lima tendangan bagi kedua-dua pasukan membolos jaring lawan masing-masing. 
Akhirnya sudden death terpaksa dilakukan dan Malaysia memulakan dengan Hafiz Zamani Misbah gagal menjaringkan bola yang diselamatkan oleh penjaga gol. Tendangan pertama Vietnam oleh Mai Thien Thanh masuk dan dengan itu meletakkan mereka menjuarai piala ini buat kali julung kalinya.  
Perlawanan final ini Malaysia kecundang dan segala kejayaan dan rekod manis tanpa dibolos dalam perlawanan sebelumnya terpadam.