Bayaran Insentif Guru Sukan

Saya baharu sahaja selesai melaksanakan Kursus Sains Sukan Tahap I di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan di Kuching, Sarawak. Kursus ini disertai oleh guru-guru di seluruh Sarawak yang telah dikenalpasti untuk dilantik sebagai jurulatih sukan di sekolah-sekolah terpilih di Sarawak. Seramai 35 orang guru telah menghadirinya. Ia dianjurkan oleh Bahagian Sukan, Seni dan Kebudayaan (BSSK), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negara Malaysia. Majlis penutupan dilaksanakan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kejurulatihan BSSK, En. Mohd Yamin bin Mohd Yusof. 
Program ini adalah merupakan persiapan Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah mengujudkan skim Bayaran Insentif Jurulatih Sukan di peringkat sekolah dalam usaha meningkatkan lagi mutu sukan negara khususnya dalam sukan prestasi tinggi. Buat permulaan tiga sukan telah dipilih untuk skim ini iaitu olahraga, Sepak Takraw dan Memanah. 
Guru-guru yang dilantik akan dibayar insentif untuk melatih pelajar sekurang-kurangnya 3 sesi dalam seminggu dengan 2 jam setiap sesi latihan. Mereka akan dibayar insentif diantara RM 225 hingga RM 375 sebulan berdasarkan kelayakan kejurulatihan masing-masing. Jurulatih ini diwajibkan memilikki sijil Sains Sukan yang dikeluarkan oleh Majlis Sukan Negara dan juga Sijil Sukan Spesifik sukan berkenaan yang dikelolakan oleh Persatuan sukan masing-masing baharulah boleh dibayar insentif latihan tersebut. 
Sehingga kini BSSK telah menganjurkan sebanyak 10 Kursus Sains Sukan di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan yang dikendalikan dan diiktiraf oleh Majlis Sukan Negara. 

Author: zaharibb

I am just a small blogger writing about sports, travel and lifestyle and turned into a social media influencer. Will undertake to accept write up invitations. to blog and to share on my social media platforms,

One thought on “Bayaran Insentif Guru Sukan”

  1. Setakat hari ini saya belum menerima BIJS walaupun tuntutan telah dihantar semenjak Februari 2009. Bayaran 2008 nampaknya berkubur kerana Sijil Sains Sukan lewat diterima. (April 2009) Saya telah mengikuti dan lulus Kursus sains Sukan Tahap 1 pada Julai 2008. Saya juga telah lulus Kursus Sukan Spesifik (memanah) Tahap 1 pada Mac 2008. Ada sesiapa tahu perkembangan BIJS 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s