Jersi Kebangsaan Bolasepak

Baru-baru ini timbul kontroversi tentang jersi baru negara yang memaparkan salib di dada. Walau bagaimanapun setiausaha agong FAM telah membuat penjelasan bahawa itu bukanlah jersi baru pasukan kebangsaan. Lihat gambar yang menjadi kontroversi itu di sini
Hari ini saya terjumpa maklumat tentang jersi baru pasukan kebangsaan kita itu. Lihat di sini dan di sini.

Super Soccer Star

Hari ini di padang bolasepak MSN Bukit Jalil berlangsung sesi pemilihan atlet untuk rancangan realiti baru TV iaitu Super Soccer Star. Program ini adalah anjuran Nafalia dengan kerjasama Samsung, Adidas dan akan disiarkan oleh RTM mulai bulan Januari nanti. 
Seramai 300 pemain telah disenarai pendek daripada lebih kurang 5000 orang dan dari jumlah itu hanya 20 sahaja akan dipilih untuk kumpulan terakhir. Program ini adalah satu program realiti TV yang seperti biasa akan melibatkan pengundian SMS dan penilaian oleh juri profesional. Bekas pemain kebangsaan Tn Hj. Ahmad Yusof akan bertindak sebagai Ketua Jurulatih untuk pemain sementara Azlan Johar sebagai Pengurus yang bertanggungjawab untuk hire and fire pemain. 

Pemian yang hadir telah diuji dengan beberapa kemahiran asas bolasepak yang termasuklah pecutan, mengelecek, menimang bola dan tendangan gol. 

Di akhir program ini akan dipilih empat orang pemain terbaik dari 20 orang untuk dihantar dan berlatih di Chelsea di bawah jurulatih pasukan remaja Chelsea. Sebagai kemuncak program realiti ini seorang Super Soccer Star akan dipilih untuk menjadi icon remaja dalam bolasepak dan akan menjalani latihan seterusnya selama dua minggu lagi di Chelsea. 
Disamping pemain, turut serta ialah ibu bapa yang memberi sokongan moral kepada anak masing-masing. Ini satu perkemangan yang menarik kerana ibu bapa adalah merupakan antara pendorong kejayaan atlet sukan. 

Ibu bapa yang turut hadir dalam sesi pemilihan tersebut. 

Dato Othman Aziz Masih diperlukan Kedah

Saya rasa sangat terharu apabila mengetahui bahawa KDYMM Tuanku Sultan Kedah mengambil perhatian terhadap isu Pengurus Bolasepak Kedah, Dato Othman Aziz meletak jawatannya. KDYMM Tuanku Sultan Kedah telah menunjukkan prihatinnya terhadap sukan amnya dan pasukan bolasepak khususnya untuk tidak menerima perletakan jawatan Dato Othman Aziz selaku Pengurus Bolasepak skuad Kenari. Selepas Allahyarham Dato Ahmad Basri Akil adalah dilihat Dato Othman dapat mengantikan tempat beliau. Di bawah pengurusan Dato Othman Aziz, Kedah berjaya mencipta Double Treble, sesuatu yang sukar ditandingi oleh mana-mana pasukan di negara ini dalam masa yang dekat. Kejayaan ini menunjukkan keberkesanan kepimpinan Dato’ Othman dalam bolasepak. 
Saya pernah berkesempatan duduk dan mendengar sembang Dato Othman dan dalam hati dapat melihat stail kepimpinannya. Pada waktu itu Kedah baru mencipta treble buat kali pertama. Butir bualnya memperlihatkan satu stail kempimpinan yang eclectik dan inilah yang membuahkan kejayaan buat Kedah Darulaman dalam Liga Malaysia. Saya yakin dengan kepimpinan Dato Othman untuk musim 2008/2009, Kedah akan mampu mencipta kejutan lagi jika semua pihak yang terlibat dalam pasukan Sang Kenari terus bekerjasama dan bersepakat seperti yang dikehendakki oleh Dato Othman. 
Antara sebab mengapa Dato Othman Aziz meletakkan jawatan selaku pengurus Kedah ialah berlainan fahaman politik, dan beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan Negeri. Tetapi saya rasa ‘the last straw that break the camels back‘ ialah dakwaan beliau terbabit dalam penyalahgunaan wang KFA. Bagi saya jawapannya senang. Di mana-mana pasti ada pihak yang dengki dan iri hati dengan kejayaan seseorang. Oleh itu berbagai jalan dicari untuk menjatuhkan seseorang berkenaan. Di Malaysia dua perkara yang dilihat berkesan untuk menjatuhkan seseorang pemimpin. Pertama skandal seks dan kedua salah guna wang.  
Dipetik dari Kosmo “Saya percaya kontroversi yang sengaja ditimbulkan untuk memburukkan Othman dalam Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) juga didakwa sengaja ditimbulkan oleh pihak yang mungkin mempunyai kepentingan tersendiri,”

Petikan dari Kosmo Selain itu, dia juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terdapat beberapa kes penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana oleh beberapa individu dalam KFA sejak tahun 2003 seperti dalam laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli majlis KFA baru-baru ini.

Jelasnya, dakwaan tersebut adalah satu fitnah, pembohongan dan berniat jahat untuk menjatuhkan imej, kewibawaan dan mencemarkan nama baiknya serta ingin menafikan segala sumbangan yang telah dihulurkan bagi menjulang nama Kedah dalam sukan bola sepak musim 2006/07 dan 2007/08.

Saya rasa seluruh penyokong bolasepak Kedah Darul Aman pasti rasa gembira apabila KDYMM Tuanku Sultan tidak merestui perletakan jawatan Dato Othman Aziz itu. Bagi saya khidmat dan bimbingan Dato Othman masih diperlukan dan diharapan Dato mengenepikan fahaman politik kerana sukan adalah merupakan satu-satunya agenda yang tidak mengenali bangsa, agama, keturunan dan fahaman politik.  

Resolusi Konvensyen Sukan Kebangsaan 2008

Konvensyen Sukan Kebangsaan 2008 sudah berakhir dan ini merupakan konvensyen terbaru selepas yang akhir sekali diadakan pada tahun 1996 di Langkawi. 
Malam tadi dalam Buletin Utama disiarkan lawatan YB Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Sabri Ismail ke tapak yang dicadangkan untuk dijadikan Akademi Badminton negara. Akademi ini telah disebut oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dalam ucapan perasmiannya sempena Konvensyen sukan tersebut. Saya rasa ini satu reaksi pantas diambil oleh YB Menteri Belia dan Sukan bersama Datuk Zolkples Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara dan juga Datuk Nazmi, Presiden BAM. 
Seperti dalam mana-mana konvensyen, pastinya berakhir dengan usul dan resolusi. Jadi dalam konvensyen kali ini resolusi yang di usulkan ialah:
  • Mengenalpasti badminton, memanah, berbasikal, terjun, menembak, perahu layar dan hoki sebagai sukan yang ada potensi memenangi pingat dalam sukan Olimpik 2012 di London. 
  • Perancangan menubuhkan universiti sukan
  • Penjenamaan semula Kompleks Sukan Bukit Jalil sebagai Bandaraya Sukan dan menjadikannya sebagai one-stop centre untuk sukan. 
  • Mengujudkan blueprint yang diselaraskan bersama oleh semua agensi berkenaan (Kementerian Sukan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Perumahan dan sebagainya)
  • Mengalakkan dan meransang pendekatan Sains Sukan di semua negeri. 
  • Melaksanakan dengan segera kaedah “star rating” terhadap persatuan-persatuan sukan kebangsaan. 
  • Menindahkan sekolah sukan ke bawah bidangkuasa Kementerian Belia dan Sukan.
  • Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara disatukan semula dan tidak berkhidmat sebagai dua badan berkanun berasingan. 
  • Memastikan guru Pendidikan Jasmani di sekolah bertanggungjawab hanya terhadap pelajaran Pendidikan Jasmani dan tugas-tugsa kejurulatihan sahaja.   
  • Akta Pembangunan Sukan dan Dasar Sukan Negara dikaji semula agar lebih mesra dengan Persatuan Sukan Kebangsaan. 

Rujukan laporan media 

Sports Minister wants changes to begin right nowThe Star.

Badminton: Misbun ready to bring up young talented playersThe Star.

Sports City dream to become a reality NST. 

“This was already planned when I headed the Merdeka Stadium Corporation (the managers of the National Sports Complex),” said Ismail Sabri yesterday. 

“The problem before was that the land where the complex is situated on was not under the Sports Ministry’s name. However, the Cabinet recently agreed to transfer the title to the Sports Ministry and the re-branding of the sports complex will take place soon.” 

The complex houses the National Stadium, the National Hockey Stadium, the Putra Stadium, the National Aquatic Centre and the National Squash Centre. 
The National Sports Council, National Sports Institute and Bukit Jalil Sports School are also situated there. 

University Idea shot downNST. 

Delegate lash out at mediaNST

Sasaran gagal dipenuhiBerita Harian. 

Bukit Jalil jadi kota sukan MalaysiaBerita Harian. 

Universiti sukan perlu pertimbangan seriusBerita Harian. 

Delegates want school under Sports Ministry NST