Sukan SEA Edisi ke 25

Laos akan menganjurkan sebanyak 25 sukan sempena Sukan SEA ke 25 pada 13 – 21 Disember 2009. Tiga sukan baru yang disenaraikan itu semuanya memberikan harapan pingat untuk kontinjen negara kita. Sukan-sukan tersebut ialah Memanah, Berbasikal dan Angkat Berat. 

Baca berita selanjutnya di sini

Super Soccer Star

Hari ini di padang bolasepak MSN Bukit Jalil berlangsung sesi pemilihan atlet untuk rancangan realiti baru TV iaitu Super Soccer Star. Program ini adalah anjuran Nafalia dengan kerjasama Samsung, Adidas dan akan disiarkan oleh RTM mulai bulan Januari nanti. 
Seramai 300 pemain telah disenarai pendek daripada lebih kurang 5000 orang dan dari jumlah itu hanya 20 sahaja akan dipilih untuk kumpulan terakhir. Program ini adalah satu program realiti TV yang seperti biasa akan melibatkan pengundian SMS dan penilaian oleh juri profesional. Bekas pemain kebangsaan Tn Hj. Ahmad Yusof akan bertindak sebagai Ketua Jurulatih untuk pemain sementara Azlan Johar sebagai Pengurus yang bertanggungjawab untuk hire and fire pemain. 

Pemian yang hadir telah diuji dengan beberapa kemahiran asas bolasepak yang termasuklah pecutan, mengelecek, menimang bola dan tendangan gol. 

Di akhir program ini akan dipilih empat orang pemain terbaik dari 20 orang untuk dihantar dan berlatih di Chelsea di bawah jurulatih pasukan remaja Chelsea. Sebagai kemuncak program realiti ini seorang Super Soccer Star akan dipilih untuk menjadi icon remaja dalam bolasepak dan akan menjalani latihan seterusnya selama dua minggu lagi di Chelsea. 
Disamping pemain, turut serta ialah ibu bapa yang memberi sokongan moral kepada anak masing-masing. Ini satu perkemangan yang menarik kerana ibu bapa adalah merupakan antara pendorong kejayaan atlet sukan. 

Ibu bapa yang turut hadir dalam sesi pemilihan tersebut.