AFF Suzuki Cup 08- Live?

Petang ini merupakan penentuan hidup mati pasukan kebangsaan kita dalam AFF Suzuki Cup yang berlangsung di Phuket, Thailand. Perlawanan akan bermula jam 6.00 petang itu mempertemukan Malaysia dan Thailand dalam perlawanan terakhir kumpulan. Sementara itu pada jam 8.30 malam antara Vietnam dan Laos. 

Perlawanan ini amat penting kerana kemenangan ke atas Thailand masih belum mempastikan tempat untuk ke pusingan seterusnya kerana terpaksa bergantung kepada keputusan perlawanan antara Vietnam dan Laos. Jika Vietnam memenangi perlawanan itu bermakna Malaysia terpaksa melupakan pusingan seterusnya. Apa pun kita mengharapkan Laos mengalahkan Vietnam yang atas kertas nampak begitu sukar kerana Vietnam sedang berada di landas peningkatan dalam permainannya. 
Untuk menyaksikan perlawanan secara langsung memang tidaklah dapat diharap tetapi peminat masih boleh mengikuti melalui laman web Spbo Live Score. Walaupun laman ini merupakan laman untuk perjudian tetapi tidak salah jika kita layari hanya untuk mengetahui kedudukan keputusan secara langsung.