Kursus Sains Sukan

Pada saat ini satu persembahan seminar oleh peserta Kursus Sains Sukan Tahap III sedang berlangsung di Pearl International Hotel, Kuala Lumpur. Melalui sesi seminar ini jurulatih yang sedang menghadiri pendidikan kejurulatihan pada tahap tertinggi di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan akan berpeluang menunjukkan kebolehan mereka untuk public speaking. Mereka ini boleh dibimbing seterusnya untuk mejadi master coach satu hari kelak dan dapat meneruskan kesinambungan ilmu sains sukan diperturunkan kepada jurulatih yang baru. 
Peserta dalam kursus ini adalah merupakan jurulatih yang sedang berkhidmat di bawah program-program elit dan pembangunan Majlis SukanNegara.