Harga Jurulatih Luar Negara?

Apa! RM 24,500 untuk gaji seorang jurulatih luar negara? Itulah pendedahanyang dibuat oleh Setiausaha Eksekutif Persatuan Menembak Kebangsaan (NSAM), Majer (B) Jasni Shaari. Daripada mencurahkan gaji sebanyak itu sebulan kepada seorang jurulatih luar negara, adalah lebih baik menggunakan peruntukan itu untuk menghantar jurulatih kita ke luar negara dan menimba ilmu di sana. Sekurang-kurangnya jurulatih tempatan yang mendapat ilmu di luar negara akan dapat berkhidmat untuk rakyat sendiri berbanding jurulatih luar negara. Lazimnya tidak berlaku ‘transfer of technology’ daripada jurulatih luar negara kepada jurulatih tempatan. 

Sukan Negara Diambang 2009

Tahun 2009 telah membuka tirainya dengan kejayaan Datuk Lee Chong Wei menjadi juara Malaysian Super series di Kuala Lumpur. Walaupun kemenangannya itu tidak berterusan di Terbuka Korea Selatan, tetapi kita tidak sepatutnya terus menyalahkan beliau atas kekalahan itu. Benarlah kata beliau “Saya Juga Manusia Biasa”, bahawa dalam sukan prestasi tinggi, seseorang atlet itu harus memilih puncak yang ingin disasarkan untuk menang. Dia tidak boleh menang semua kejohanan kerana pemilihan kejohanan untuk dimenangi adalah penting dalam periodisasi seseorang atlet. 
Berbasikal juga menunjukkan peningkatan memberansangkan dengan memcipta sejarah membawa pulang duapingat emas dalam Kejohanan Berbasikal Trek Piala duniaUCI di Velodrom Laoshan baru-baru ini. 
Skuad atlet remaja negara baru sahaja pulang dari menyertai Australian Youth Olympic Festival dengan membawa balik empat pingat emas. Inilah barisan atlet muda yang akan terus membawa cabaran negara untuk mengibarkan jalur gemilang di arena sukan antarabangsa dalam masa yang terdekat. 
Dalam bolasepak pula pasukan negara membuka tirai kelayakan Piala Asia 2011 dengan menemui Emiriyah Arab Bersatu (UAE)  di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini (21/01/09). 
Semoga kejayaan di awal tahun ini akan menjadi pendorong ke arah kejayaan-kejayaan yang lebih bermakna seterusnya.

Alamak!! Janganlah Berlaku Pula Di Malaysia

Harap janganlah ianya berlaku di Malaysia. Satu berita dalam mStar bertajuk ‘Suami dipenjara, Amy Winhouse main gila dengan jurulatih sukan‘ 
Dilaporkan penyanyi British, Amy Winehouse telah jatuh cinta dengan seorang jurulatih sukan sejak balik dari percutian di Pulau St Luci di Caribbean. 
Bukanlah nak cerita yang bercinta itu salah bagi ahli sukan atau jurulatih sukan tetapi janganlah sampai menjadi skandal. Jurulatih sukan adalah merupakan individu yang terhormat kerana dia melatih orang lain untuk menjadi sihat, kuat dan berjaya. Jurulatih sukan ibarat lilin yang banyak berkorbanuntuk kejayaan orang lain. Apabila atletnya berjaya, biasanya orang tidak akan memberi tahniah kepada jurulatih tetapi kepada atlet itu sendiri. Jurulatih adalah orang di belakang tabir. 

Jurulatih ada etikanya. Di bawah sistem pelesenan jurulatih di Malaysia, semua jurulatih yang layak mendapat lesen kejurulatihan dikehendakki menandatangani satu aku janji untuk mematuhi etika kejurulatihan yang ditetapkan oleh Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan (LKK). Etika kejurulatihan ini diujudkan oleh LKK selepas peristiwa Allahyarham Rabiah Salam meninggal dunia kerana didakwa ada hubungkait dengan seorang jurulatih. Jurulatih itu pun sudah dijatuhkan hukuman penjara.