Selepas itu kami terus mengadakan latihan. Memandangkan kosnya agak tinggi (anggaran sekali latihan RM100), maka kami tidak dapat berlatih lebih kerap. Malah kami tidak akan ambil bahagian dalam siri kedua di Johor Bharu pada hujung Mac nanti.
Kini aku sudah mula rasa attached dengan permainan ini. Aku sudah banyak membaca tentang paintball di internet dan subscribe kepada Google alert di mana Google menghantar maklumat tentang blog-blog yang diupdate terkini.
Aku sudah mula berkira untuk menghasilkan sebuah buku tentang permainan ini memandangkan belum ada lagi (setahu aku) buku tentang paintball dalam Bahasa Melayu di negara kita. Aku juga telah mendaftarkan diri dalam sebuah forum tentang paintball dan menjadi moderator untuk team aku “Yakuza” dalam forum tersebut. Seorang member dalam forum itu mencadangkan diterbitkan majalah tentang paintball dan aku juga telah respons terhadap tulisannya. Berbagai cadangan diberikan oleh members yang lain sama ada untuk menerbitkan majalah fizikal atau e-zine.
Satu persoalan kini.