Malam ini (lebih tepat pagi nanti) satu perlawanan bolasepak yang penting akan diadakan- Champions League . Kelab bolasepak ternama, Manchester United and menentang Barcelona F.C. Aku tak tahu sama ada akan berjaga atau tidak. Dua-dua pasukan bukannya pasukan pilihan aku. Bila orang tanya mana pasukan aku, jawabnya Kedah Darul Aman. Inilah falsafah aku “Di mana bumi dipijak, negeri sendri tetap menjadi pilihan.
Day: May 27, 2009
MSSM Ke 51 Sudah Berlalu
Tirai Kejohanan Olahraga MSSM sudah pun dilabuhkan dan dengan hari terakhir pada 24hb Mei lalu, dianggap sebagai penutup buku aktiviti sukan prestasi tinggi di peringkat sekolah. Setiap tahun Kejohanan Olahraga MSSM adalah merupakan kejohanan paling berprestij dalam kalendar Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia.
Terengganu 13 6 13
Kelantan 11 7 1
Kedah 11 5 8
Sarawak 10 15 8
Sabah 9 15 13
Johor 9 9 15
Selangor 7 6 7
Kuala Lumpur 6 9 4
Negeri Sembilan 4 2 3
Pahang 3 5 2
Pulau Pinang 3 1 6
Perak 2 8 8
Melaka 1 1 2
Labuan 1 1 0
Perlis 0 0 1
Putrajaya 0 0 0
Pada edisi kali ini, seramai 541 atlet lelaki dan 452 atlet perempuan akan mengambil bahagian dalam tiga kategori umur iaitu bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun.
Kejohanan selama lima hari itu turut melibatkan acara trek 100m untuk pelajar sekolah pendidikan khas iaitu pelajar cacat penglihatan dan pendengaran.
Pembukaan rasmi akan dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada Khamis ini.- BERNAMA