Stadium Sultan Mizan Roboh

Foto yang saya terima dalam email. Satu sudut runtuhan Stadium Sultan Mizan.

Kredit Foto: Berita Harian Online

Beginilah keadaan stadium Sultan Mizan di Kuala Terengganu selepas sebahagian bumbungnya roboh setahun selepas siap dibina dan menjadi venue SUKMA pada tahun 2008. Bayangkan jika ia berlaku sewaktu satu acara besar sedang berlangsung. 
Insiden ini patut menjadi iktibar kepada semua pihak yang inginkan sesuatu itu disiapkan dalam kadar yang cepat. Kalau tak silap stadium ini disiapkan dalam keadaan tergesa-gesa agar dapat digunakan untuk SUKMA. 
Kredit foto : The Star Online