JURULATIH MSN AKAN DIPANTAU

Cawangan Kejurulatihan Majlis Sukan Negara telah mengujudkan Unit Pemantauan dan Penilaian Jurulatih untuk membuat penilaian terhadap semua jurulatih di bawah program-program Majlis Sukan Negara di semua peringkat. Ia termasuklah jurulatih sepenuh masa dan sambilan sama ada dari luar negeri mahupun dalam negara.
Unit ini akan memantau jurulatih-jurulatih melalui beberapa kaedah penilaian bagi tujuan sambungan kontrak atau kenaikan gaji dan elaun. Langkah ini dilihat akan dapat menjadikan semua jurulatih yang digaji oleh Majlis Sukan Negara lebih komited terhadap tugas yang diberikan dan diharap mutu latihan dapat dipertingkatkan.
Antara kaedah pemantauan yang dicadangkan termasuklah penilaian berterusan yang akan dilaksanakan oleh Unit Pemantauan dan Penilaian disamping jurulatih perlu menghadiri kursus-kursus peningkatan diri melalui program CCE (Continuing Coaching Education) juga dikelolakan oleh Cawangan Kejurulatihan.

TABUNG YAYASAN ATLET KEBANGSAAN

YAKEB (Yayayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan) telah melancarkan Kempen ‘1 Ringgit 1Malaysia’ sebagai satu usaha untuk mengumpul dana untuk kebajikan kepada bekas atlet-atlet yang pernah mengharumkan negara di semua peringkat. Ianya sebagai usaha untuk menghargai jasa mereka yang sebahagian besarnya mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit malah kerjaya mereka demi untuk sukan negara. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak ternilai kerana sebagai atlet negara mereka adalah insan yang sungguh istemewa dan adalah yang terpilih dari jutaan rakyat negara ini.
Kempen ini ialah usaha YAKEB untuk menjaga kebajikan manusia istimewa tersebut bagi mengharungi kehidupan selepas bersara dari arena sukan. Oleh itu sumbangan dari rakyat Malaysia amatlah diperlukan oleh YAKEB untuk membantu bekas-bekas atlet itu.
“Bantuan serta sumbangan yang bakal diterima ini nanti akan digunakan bagi menguruskan hal ehwal kebajikan atlit dalam pelbagai aspek yang sesuai untuk mencapai matlamat memberi manfaat kepada atlit negara. – dipetik dari laman web YAKEB.

Tabung-tabung khas akan ditempatkan di beberapa lokasi strategik seperti di pusat membeli-belah, Pejabat Pos dan bank-bank untuk membolehkan orang ramai menghulurkan derma.

Orang ramai yang ingin menderma dalam program Kutipan Dana Tabung Kempen 1Ringgit 1Malaysia boleh menghubungi Yakeb menerusi 03-89964841 atau melayari laman web di http://www.yakeb.org.my.

No Akaun Tabung

Maybank 564847005696