KETUA JURULATIH DIBERI TAKLIMAT PENILAIAN

Bertempat di Auditorium 1 Majlis Sukan Negara telah diadakan satu taklimat tentang Penilaian dan Pemantauan Jurulatih di bawah program-program Majlis Sukan Negara. Ini merupakan langkah pertama bagi MSN untuk menilai jurulatih sama ada tempatan mahupun luar negara tentang tahap profesionalisme mereka.
Melalui proses ini semua jurulatih di semua tahap dikehendakki mengisi Borang Penilaian Prestasi setiap tahun. Borang ini adalah seperti Borang SKT yang diisi oleh semua penjawat awam di negara ini. Jurulatih akan dinilai sekurang-kurangnya tiga kali setahun sebagai satu asas untuk kenaikan gaji atau elaun ataupun penyambungan kontrak.
Penilai-penilai akan terdiri daripada Pengarah-pengarah Cawangan dan Pengurus Sukan yang mana jurulatih mereka terlibat, Ketua Jurulatih dan Pegawai Unit Pemantauan dan Penilaian Cawangan Kejurulatihan.
Menurut Pengarah Cawangan Kejurulatihan dalam ucapannya proses penilaian ini akan menjadi satu cara untuk mendokumenkan kerja-kerja jurulatih yang digaji oleh Majlis Sukan Negara bagi menjustifikasi penggunaan wang awam.