LATIHAN PAINTBALL LAGI

Hari ini hadir untuk latihan paintball sekali lagi. Latihan ini adalah sebagai persediaan untuk menyertai My NPL sirkit ke 4 di Melaka pada 1 – 2 Ogos 2009. Sejak mula ditubuhkan Team Yakuza telah menyertai tiga pertandingan. Pertandingan pertama ialah sewaktu mula tertubuhnya pasukan ini di Advertlets Bloggers Tournament dengan mendapat tempat kedua. Seterusnya My NPL sirkut pertama dengan menduduki ranking ke 13 dari 28 pasukan. Pertandingan ketiga ialah dalam Colympic tetapi aku tidak mengambil bahagian kerana syarat usia.

Yakuza bercadang untuk menyertai satu lagi pertandingan anjuran HELP di ASTAKA pada 11 Julai nanti sebagai run-up kepada Liga My NPL di Melaka. Yakuza kini sudah mempunyai pemain keenam dan sedang mencari pemain ketujuh untuk melengkapkan jumlah tujuh orang pemain yang boleh didaftarkan untuk Liga berkenaan.
Kehadiran pemain paintball hari ini tidak ramai mungkin kerana minggu lepas liga paintball kebangsaan sirkit ketiga baru tamat di Kuantan. Latihan kami lebih kepada meningkatkan kemahiran asas seperti bunkering, sliding dan snap shooting.
Hari ini juga diadakan latihan bersama dengan satu lagi team yang akan turut menyertai liga di Melaka nanti iaitu Infidelz.

LIGA M – CADANGAN DATUK GHANI MINHAT

Nama Datuk Ghani Minhat satu nama yang cukup gah dalam arena bolasepak negara ditahun 50an dan 60an. Beliau bermain untuk Selangor dan mewakili Malaya pada waktu itu. Kehebatan beliau menyebabkan beliau digelar sebagai Raja Bola dan kini merupakan satu lagenda yang masih lagi kita mencari pengantinya.
Melalui satu laporan Bernama, Datuk Ghani telah memberikan pandangannya untuk mengembalikan semula kegemilangan bolasepak negara. Bagi memeriahkan sesuatu pertandingan sememangnya kehadiran penonton amatlah diperlukan. Ini kerana bolasepak bukan sekadar satu sukan tetapi juga berperanan sebagai satu hiburan atau entertainment. Mengikut Datuk Ghani, sebagai satu hiburan maka ia memerlukan “selebriti’ atau ikon yang boleh menjadi idola. Beliau memberikan nama Allahyarham Mokhtar Dahari sebagai satu contoh.
Beliau seterusnya mengatakan bahawa peminat bolasepak tidak sekadar ingin menonton satu tahap kemahiran sahaja tetapi memerlukan bintang dalam semua posisi. Beliau dipetik sebagai mengulas ucapan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah bahawa persatuan bolasepak negeri-negeri yang berhadapan dengan masalah kewangan untuk bertanding dalam Liga Malaysia yang sedang berlangsung. Datuk Ghani seterusnya berkata bahawa FAM bertanggung jawab dalam mengembalikan kegemilangan bolasepak negara.
FAM juga dalam Kongress ke 64nya juga bercadang untuk kembali kepada Liga Semi Pro. Dalam hal ini,Datuk Ghani berpendapat ia akan menimbulkan implikasi lain pula, sebagai contohnya penurunan gaji pemain. Begitu juga jika jumlah penyertaan dikurangkan akan menyebabkan kurang pula perlawanan yang mempengaruhi pendapatan dari hasil penjualan tiket. Disamping itu pemain juga mempunyai peluang yang berkurangan untuk bermain dan ini mengurangkan pendedahan dan pengalaman.
Laporan BERNAMA.
footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: