Miri City Fan, Sarawak

Sewaktu berada di Miri, satu-satunya tempat yang saya kunjungi ialah Miri City Fan. Taman awam ini mengambil nama sempena bentuknya yang seperti kipas jika dipandang dari udara.
Taman ini merupakan satu-satunya kawasan yang boleh dijadikan tempat untuk beriadah bagi penduduk Miri kerana kawasannya yang agak redup dan laluan yang merentasi seluruh kawasannya. Di samping itu terdapat juga tepak refleksologi untuk membolehkan pengunjung mengurut tapak kaki dengan berjalan di atas batu-batu yang disusun untuk tujuan itu.
Miri City Fan menempatkan juga Kolam renang awam dan Pustaka Miri.
Taman ini telah rancang sebegitu rupa untuk mengandungi taman-taman mengikut tema yang khusus. Taman-taman yang ada ialah seperti Islamic Garden yang mempunyai ciri-ciri keIslaman. Chinese Garden pula bercirikan budaya Cina.
Saya akan biarkan gambar-gambar menceritakan seterusnya.

Peta tapak menunjukkan kawasan-kawasan yang terdapat di Miri City Fan

Gerbang menyambut pengunjung untuk masuk melalui Islamic Garden.

Binaan tempat berteduh berasaskan seni binaan Islam menyambut pengunjung di pintu masuk Islamic Garden.

Pancutan air di salah satu pintu masuk di sebelah Islamic Garden

Sepasang kuda laut menghiasi tasik di Chinese Garden. Kuda laut adalah merupakan simbol maskot bandaraya Miri.

Binaan yang terdapat di Chinese Garden.

Tapak refleksologi ini terdapat di Health Garden. Pengunjung boleh berjalan tanpa kasut untuk meransang titik-titik di telapak kaki yang mewakili organ-organ dan pada tubuh manusia. Urutan refleksologi menggunakan konsep urutan tapak kaki ni.

Pemandangan di Amphitheatre Garden of Vision

Kawasan teater atau panggung terbuka yang terdapat di tengah-tengah taman.

Salah satu bentuk ukiran yang diabadikan pada salah sebuah binaan tempat berteduh di dalam kawasan Miri City Fan.

Replika pasu tembikar Sarawak. Pasu adalah merupakan identiti negeri Sarawak. Bagi pelancung yang melawat negeri ini seolah-olah tidak lengkap jika tidak membeli pasu Sarawak sebagai oleh-ole. Replika pasu ini terletak di Botanical Ethnic Garden.

Masjid Al Taqwa, Miri merupakan mesjid utama di bandaraya Miri. Berpeluang sembahyang Maghrib berjemaah dan sembahyang Jumaat di sini.

Pendapatan Ancillary Untuk Pembangunan Persatuan Sukan

Semasa dalam penerbangan balik dari Miri selepas selesai menjalankan tugas resmi di sana, ada terbaca dalam In Flight magazine Airasia satu artikel tentang Ancilliary Income. Ia menulistentang bagaimana Airasia menambahkan pendapatan selain dari mengenakan tambang kepada penumpang. Mereka melakukannya melalui Ancillary Income dan sebagai ganti mengenakan surgaj minyak kepada penumpang.
Ancillary Income merupakan antara cara sesebuah organisasiboleh menambahkan pendapatan.
Kita sering dengar bagaimana persatuan bolasepak negeri menghadapi masalah kewangan semasa mengambil bahagian dalam Liga yang dianjurkan oleh FAM. Paling teruk sehingga gaji pemain pun tidak dapat bayar. Persatuan bolasepak negeri tidak sepatutnya hanya bergantung peruntukan daripada FAM semata-mata tetapi boleh menjana pendapatan tambahan untuk menambah tabung masing-masing.
Selama ini peminat boleh menonton latihan pasukan mereka secara percuma. Dalam era serba berbayar ini sepatutnya sudah tidak ada lagi pemberian percuma. Kencing pun sudah kena bayar. Persatuan negeri boleh mengenakan caj minima yang tidak membebankan untuk peminat menonton pasukan kesayangan mereka berlatih. Cara ini digunakan oleh Kelab-kelab bolasepak Inggeris dan Eropah. Dalam membangunkan sukan negara, semua pihak perlu berkorban.
Di samping itu misalnya, persatuan boleh mengenakan caj untuk peminat yang ingin bergambar dengan pemain kesayangan mereka. Saya ingat lagi sewaktu National Cancer Soceity of Malaysia menganjurkan Relay For Life untuk mengutip dana bagi pesakit Kanser. Pada malam itu, sesiapa yang ingin mengambil gambar bersama artis dikehendakki menderma RM 10.00. Ia satu cara. Pihak persatuan bolasepak negeri boleh memikirkan beberapa cara lagi ke arah meningkatkan tabung masing-masing. Apa yang diperlukan ialah usaha dan kesungguhan untuk membangun.
footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: