Temasya Mini Olimpik Malaysia 2009

Majlis Sukan Negara akan menganjurkan temasya berkenaan buat julung kalinya di Kuala Lumpur.

Temasya itu akan meliputi 8 sukan iaitu;
Badminton – Stadium Juara,Bukit Kiara (29-30 Julai)
Memanah – Padang B, Majlis Sukan Negara (29 Julai – 1 Ogos)
Menembak – Lapang Sasar Menembak, Subang (29 -31 Julai)
Olahraga – Stadium Nasional, Bukit Jalil (31 Julai – 2 Ogos)
Angkat Berat – Gimnasium 2, Majlis Sukan Negara ( 1 – 5 Ogos)
Gimnastik
Artistik – Gimnasium 3, Majlis SukanNegara (5 – 9 Ogos)
Gimrama – Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara (1-4 Ogos)
Akuatik
Renang – Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Negara (5-7 Ogos)
Terjun – Pusat Akuatik, Komplesk Sukan Negara (2-4 Ogos)
Berbasikal
Trek – Velodrom Cheras (5-6 Ogos)
Lebuhraya – Lebuhraya Putra Jaya (7-8 Ogos)
Idea penganjuran Temasya Mini Olimpik ini dicetuskan pada Konvensyen Sukan Kebangsaan 2008 sebagai pentas buat atlet elit negara bersaing dan mengekalkan prestasi tinggi di pentas antarabangsa.
Sebanyak 169 pingat enas,169 pingat perak dan 169 pingat gangsa akan menjadi rebutan.
Adalah diharapkan satu hari nanti Temasya Mini Olimpik ini (My Sukan nak panggil My Olimpik) akan menjadi satu gelanggang pertandingan penting untuk memilih atlet yang berkelayakan bagi mengalasjalur gemilang ke kejohanan peringkat antarabangsa seperti Olimpik, Sukan Asia dan Sukan Komanwel. Sekiranya My Olimpik ini menjadi satu kejohanan yang establish, mungkin Majlis Sukan Negara tidak akan berhadapan dengan masalah kelayakan atlet (kebangsaan) mewakili negeri dalam Sukma yang bertujuan mencungkil bakat baru.