Taklimat Penilaian Dan Pemantauan Jurulatih

Satu taklimat kepada jurulatih-jurulatih yang berkhidmat di bawah program Majlis Sukan Negara telah diadakan di Auditorium 2 MSN hari ini. Taklimat tersebut ialah untuk kumpulan jurulatih yang akan tamat kontrak mereka pada tahun ini sebelum disambungkan kontrak baru.

Antara jurulatih yang hadir dalam taklimat tersebut
Mulai tahun ini semua jurulatih yang berkhidmat dengan Majlis Sukan Negara akan dipantau secara bersistematik. Inilah kali pertama tugas ini dilaksanakan oleh MSN yang dikendalikan oleh Unit Pemantauan dan Penilaian Jurulatih (P&P) Cawangan Kejurulatihan.
Tugas memantau akan dilakukan oleh beberapa pihak yang telah dikenalpasti bagi membolehkan jurulatih mendapat penilaian yang lebih adil dan tidak berat sebelah. Pihak-pihak yang terlibat termasuklah Pengurus Sukan masing-masing dari Cawangan Elit, Pelapis dan Paralimpik disamping pihak Persatuan Sukan Kebangsaan. Jurulatih-jurulatih ini juga akan dipantau secara berterusan oleh pegawai-pegawai dari Unit P&P Cawangan Kejurulatihan bagi membolehkan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan dipertanggungjawabkan.
Ketua Unit P&P, En Jasni Ladin telah memperjelaskan bahawa pemantauan terhadap jurulatih bukanlah untuk mencari kesalahan dan kesilapan tetapi sebagai satu cara untuk membantu mereka mendapat ganjaran yang sewajarnya berdasarkan pencapaian dalam tugas masing-masing kerana ada rekod secara hitam putih.