Al Fatihah Kpd Ibu Tn. Hj. Jalil Abdullah, MSN

Pada 17 September staf Majlis Sukan Negara telah menghadiri perhimpunan bulanan di Dewan Komanwel. Dalam perhimpunan tersebut seperti biasa akan ada ucapan Ketua Pengarah. Memandangkan Ketua Pengarah MSN, Dato’ Zolkeples Embong sedang bercuti selepas menjalani pembedahan pintasan koronari, maka tugas itu dilaksanakan oleh Tn.Hj. Jalil bin Abdullah.
Dalam ucapan beliau antara yang disentuh ialah nasihat untuk staf berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan jangan sekali-kali menyakitkan hati mereka sehingga tidak bertegur sapa. Sebagai anak kita hendaklah sentiasa mengingati pengorbanan mereka menjaga kita higga menikmati hidup yang selesa hari ini. Sememangnya nasihat beliau amat kena pada tempatnya di hari baik bulan baik ini untuk memohon ampun dan maaf daripada mereka.
Nasihat beliau bagaikan tersembunyi satu tanda di dalam hati beliau kerana har ini ibu beliau telah kembali ke Rahmatullah. Saya mendapat mesej ini melalui spacebook:

Pelapis Majlis Sukan Negara 

Pengumuman: Ibu kepada Pemangku ketua Pengarah MSN, Tuan Hj Jalil telah kembali ke rahmatulah. Berikut ada sms dari beliau. Salam. Dukacita dimaklumkan ibu saya telah meninggal dunia jam.12.30tgh .Jenazah akan dikebumiklan insyaalah selepas waktu Asar.Hadiahkan fatihah dan doakan rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan di syurga.Amin

Al Fatihah. Semoga roh Allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisiNya.