Percaturan Selangor Untuk Piala Malaysia?

Pasukan yang akan meneruskan kemaraan kepusingan suku akhir sudah diketahui selepas perlawanan yaqng diadakan malam tadi.
Selangor, Kelantan, KL PLUS, Johor FC, Perlis, Terengganu dan KM Naza telah berjaya meneruskan saingan untuk merebut Piala Malaysia 2009. Persaingan tahun ini menyaksikan tiga pasukan berstatus kelab berjaya ke suku akhir.
Melihat pada keputusan perlawanan pada 13 Oktober 2009, apa yang agak memeranjatkan ialah kekalahan Selangor kepada pasukan kelab, KM Naza. Wajarkah Selangor tewas setelah menunjukkan prestasi semerlang pada tahun ini. Adakah Selangor sengaja tewas kepada KM Naza untuk mengelakkan daripada Kedah meneruskan kemaraan? Adakah Selangor lebih takut untuk berhadapan dengan Kedah berbanding pasukan lain?
Sekiranya Selangor mengalahkan KM Naza bererti Kedah akan mara ke Suku Akhir, jadi Selangor memberikan kemenangan kepada KM Naza (yang pada ketika itu mengumpul 9 mata) dan membolehkan   mereka mara. Ini saya kira satu percaturan Selangor untuk menyingkirkan Kedah yang walaupun menewaskan Pulau Pinang 4-0 tetapi hanya mengumpul 10 mata. Ini bermakna sekiranya KM Naza tewas, Kedah akan mara. Saya rasa inilah percaturan yang diaturkan oleh Selangor.
Namun tahniah kepada KM Naza kerana berjaya mencalarkan rekod Selangor (tewas kepada pasukan kelab) dan mewakili Kedah ke pusingan seterusnya.