Seri Petaling – Kuala Lumpur


Bandar Baru Seri Petaling adalah merupakan sebuah bandar baru bertaraf sederhana yang sedang membangun di dalam Daerah Petaling di selatan Kuala Lumpur dan dibangunkan mulai tahun 1981. Bandar ini mendapat tempias pembangunan hasil dari pembinaan Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil.

Di bandar ini terdapat sebuah hotel bertaraf International Business Class, iaitu Hotel Sri Petaling.  Hotel ini terletak di Jalan Radin Anum dan berhampiran dengan Mesjid Jemek Bandar Baru Seri Petaling. Selain hotel ini terdapat juga sebuah hotel budget berhampiran dengannya.
Kemudahan makan 
Terdapat beberapa restoran Muslim dan bukan muslim dan antara yang popular ialah Restoran Mirasa, Restoran Ajimal Razim dan Restoran Kinrara. Lihat senarai restoran DI SINI.
Bandar baru ini juga ada kemudahan asas lain seperti klinik dan pusat membeli belah dan sebagainya. Pasar pagi juga diadakan setiap hari di sini sementara pasar malamnya padasetiap hari Selasa. Dua pasar besar yang terdapat di sini ialah The Store dan Carrefour di Endah Parade.
Bandar Baru Seri Petaling juga ada sebuah Pusat Komuniti  yang menganjurkan program-program riadah untuk komuniti sekitarnya. Bertempat di Endah Parade atau lebih dikenali sebagai Carrefour bagi penduduk kawasan ini, terdapat sebuah pusat boling, Lavendar Spa dan Fitness First.
Ada tiga stesen petrol di sini iaitu BHP, Shell dan Mobil. Sementara itu terdapat juga sekolah rendah dan menengah di sini. Bagi penduduka beragama Islam pula boleh menghantar anak-anak ke sekolah agama di kawasan Mesjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling ini iaitu SRA dan Tadika Kashiful Ulum.
Stesen LRT yang terdekat ialah Stesen Bukit Jalil (di kawasan Kompleks Sukan Negara) dan sebuah lagi Stesen Sri Petaling.
Bandar ini boleh diakses melalui Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Kesas, MRR II dan juga Lebuhraya (elevated highway)MEX.
Portal Sri Petaling.

Author: atok zaha

I am just a small blogger writing about sports, travel and lifestyle and turned into a social media influencer. Will undertake to accept write up invitations. to blog and to share on my social media platforms,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: