Extreme Sports – Paintball WCA @ Bukit Jalil


For paintball lovers, come over to Xtion Paintball at Family Park Bukit Jalil from 19-22 November 2009 for the World Cup Asia Paintball Tournament. It is an International Tournament and teams participating come from all over the world and including from USA, Europe and Australia. Paintball fans will be able to watch world class performance especially from Division 1 Teams. Among the top teams in Division 1 are Team Datis (Iran), Kaos (Australia), MacDev Ronin and Delta Rovers (Malaysia). See Full List HERE.

How to go to Xtion Paintball.

Photo credit as watermarked

Go to Divison 1 schedule.
Go to Full Schedule.

I will be updating about the event as and when available…………

Ikon-ikon Di Kuala Lumpur

Apabila kita menyebut sesuatu tempat sudah pasti imajinasi kita akan mengambarkan sesuatu tentang tempat tersebut. Kita sebut sebagai ikon.
Apakah yang dikatakan ikon?
The freedictionary.com memberikan salah satu maksud seperti berikut;
i·con  (kn)

n.
1. also i·kon (kn)
a. An image; a representation.

The free dictionary encyclopedia pula memberikan defisini;
An icon (from Greek εἰκώνeikon, “image”) is an image, picture, or representation; it is a sign or likeness that stands for an object by signifying or representing it…

Perkataan Ikon yang sering kita gunakan pada asalnya sesuatu yang ada hubungkait dengan imej-imej berunsur keagamaan Kristian, tetapi ramai menerima ikon itu sebagai imej atau representasi dan tidak mengaitkannya dengan keagamaan. Kuala Lumpur memilikki banyak bangunan yang  boleh dijadikan sebagai imej atau representasi untuknya di mana orang dari luar negara boleh kaitkan dengan bandaraya ini amnya dan Malaysia khususnya. Ini kerana Kuala Lumpur itu sendiri mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa. 

Sudah pasti ikon pertama yang sudah menjadi terkenal di serata dunia ialah menara berkembar Petronas.Dengan hanya menunjukkan gambar menara Petronas itu orang sudah tahu ianya Kuala Lumpur. Sehinggakan ikon ini dijadikan latar belakang dalam sebuah filem yang dibintangi Sir Sean Connery dan Catherine-Zeta-Jones, The Entrapment.   
Binaan kedua yang tidak kurang popular bagi Kuala Lumpur juga ialah Menara Kuala Lumpur di Bukit Nenas. Menara telekomunikasi dan penyiaran ini juga menjadi sebagai salah satu tempat tumpuan pelancung dalam dan luar negara.
Gambar Menara Kuala Lumpur ini diambil dari SINI
Dalam aspek keagamaan juga ada binaan yang boleh dijadikan ikon untuk KL. Pada satu ketika dahulu, Mesjid Negara adalah merupakan lambang yang lazin digunapakai untuk agama Islam. Gambar-gambar dan imej-imej Mesjid Negara telah menjadi hiasan di merata tempat seperti dalam setem, buku, majalah dan juga program-program keagamaan. Malah rekabentuk kubahnya yang lain dari kebiasaan juga menjadi ikutan mesjid-mesjid lain yang dibina di seluruh negara. 
Gambar Mesjid Negara ini diambil dari SINI.
Sekarang dengan terbinanya mesjid-mesjid yang baru maka Mesjid Negara semakin tenggelam peranannya sebagai ikon perkembangan Islam di Malaysia.
Kini nampaknya ikon baru yang melambangkan Islam di Malaysia ialah Mesjid Putra di Putrajaya.
Gambar ini dipetik dari SINI.
Pada tahun 80an Menara Maybank yang terletak di atas Court Hill, berhampiran dengan Puduraya ini juga  pernah menjadi satu ikon memandangkan ia antara bangunan tertinggi di Kuala Lumpur pada masa itu. Menara ini berbentuk sebilah keris yang menghala ke langit.
Kompleks Dayabumi juga adalah merupakan antara pencakar langit yang pertama di Malaysia dan memilikki ciri-ciri Islam moden. Ia mula dibina pada February 1982 dan siap pada Februari 1984
Gambar diambil dari SINI.
Menara Telekom Malaysia di Lembah Pantai memilikki rekabentuk yang menarik iaitu berbentuk rebung. Menara milik Telekom Malaysia ini telah menjadi mercutanda yang unik bagi sesiapa sahaja yang menggunakan Lebuhraya Persekutuan untuk keluar dari atau masuk ke Kuala Lumpur.
Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak (BLUTH Tower) juga tidak ketinggalan kerana bentuknya yang tirus di bahagian tengah.
Gambar diambil dari SINI.
Dalam suasana pembangunan negarasedang rancak, sudah pasti akan muncul lagi ikon-ikon baru yang akan menjadi daya tarik. Antaranya seperti yang dilapor dalam Kosmo 18 November 2009, Kosmo melaporkan tentang satu lagi ikon baru yang akan muncul di Kuala Lumpur. Ianya adalah merupakan Pusat Matrade yang dijangka siap pada tahun 2014. Pusat tersebut akan dibangunkan di Jalan Duta oleh Naza TTDI Sdn. Bhd. dengan kos RM 628 juta. Ia akan menjadi ikon terbaru Kuala  Lumpur………..


Pengalaman – Bermotorsikal Ke Pusat Bandaraya


Pagi ini buat pertama kali selepas kira-kira 5-6 tahun aku keluar ke bandaraya dengan menunggang motosikal. Selalunya kalau sebelah siang aku akan menggunakan LRT sebab tempat yang hendak dituju pun tidak jauh dengan stesennya. Tak payah pening kepala dan stress bila tersangkut dalam jam dan apabila sampai pula mencari tempat parking.
Kebetulan hari ini cuaca agak baik jadi aku mengambil keputusan untuk keluar saja dengan motorsikal. Destinasi:  Heritage House, Jalan Yap Ah Shak. Tujuan: menuntut hadiah pertandingan menulis blog anjuran Nuffnang.
Perjalanan hari ini mengambil masa kira-kira 1jam sahaja pergi balik.
Mulanya aku bertolak menggunakan lebuhraya (Maju Expressway) MEX dari persimpangan Seri Petaling dan keluar di Jalan Tun Razak. Perjalanan atas lebuhraya ini memang lancar. Begitu juga dengan kereta sebab tidak ramai yang menggunakan jalan ini. Kalau difikirkan rasanya macam rugi sahaja lebuhraya ini dibina kerana tidak ramai pengguna. Sepanjang perjalanan aku rasa macam tidak sampai pun 50 buah kereta yang memotong motorsikal aku. Begitulah perbandingannya dari segi kadar penggunaan. Mungkin kerana tol menyebabkan tidak ramai yang menggunakan lebuhraya ini. Atau pun mungkin agak sukar untuk mencari jalan masuk.
Sepanjang lebuhraya ini laluan keluar masuk agak terhad. Selepas masuk dari Putrajaya, susur keluar hanya terdapat di Seri Petaling  dan kemudian ke Lebuhraya Utara Selatan sahaja. Begitu juga dengan masuk. Sedangkan terdapat kawasan-kawasan yang tinggi kadar penduduknya tetapi tidak dapat mengakses lebuhraya ini. Contohnya di Bukit Jalil, Puchong dan Kinrara yang menggunakan Lebuhraya Sungai Besi Puchong untuk sambung ke Lebuhraya KL Seremban. Begitu juga dengan kawasan Serdang. Jadi adalah lebih mudah untuk terus masuk ke Lebuhraya KL-Seremban daripada mencari jalan masuk ke MEX.
Bagi penduduka Putrajaya mungkin ini merupakan laluan yang paling cepat untuk ke Kuala Lumpur berbanding jika mengambil lebuhraya lain khususnya pada masa puncak.
OKlah, berbalik kepada perjalanan aku. Selepas keluar ke Jalan Tun Razak di Kampung Pandan, jalan mulah sesak. Ituadalah perkara biasa pada waktu siang. Sebagai penunggang motorsikal, aku terpaksa ikut budaya penunggang motorsikal lain untuk menyelinap diantara deretan kenderaan-kenderaan yang sesak sehinggalah ke destinasi.
Jadi perjalanan menggunakan motorsikal adalah lebih cepat berbanding dengan menggunakan kereta untuk ke mana-mana destinasi pun di pusat Bandaraya. Itupun jika tidak hujan………….

Asian Heritage Row


Di Jalan Sultan Ismail terdapat satu kawasan yang telah dinamakan sebagai Asian Heritage Row. Kawasan ini ialah di sebelah Sheraton Imperial dan merupakan salah satu kawasan untuk berhibur pada sebelah malam bagi mereka yang gemarkan night life entertainment.
Saya mengetahui tentang adanya Heritage Row ini tetapi tidak pernah mengunjunginya. Namun demikian sewaktu pergi ke Nuffnang untuk mengambil hadiah, barulah pertama kali saya menjejakkan kaki ke kawasan ini tetapi pada sebelah siang.
Kawasan ini terletak di sepanjang Jalan Doraisamy dan terdiri daripada deretan restoran, cafe, bar  kelab dan juga salon refleksologi. Saya petik tulisan ini dari lamanweb Heritage Row…..
In following with the traditions of the city, Asian Heritage Row was developed to encapsulate the city’s past, present and future. As with most great cities of the world, which have their unique cultural and leisure districts (eg. Montmart in Paris, Soho in New York, Lan Kwai Fong in Hong Kong and Clark Quay in Singapore), Asian Heritage Row aims to position itself as a new landmark for the city as a cultural, dining and entertainment district for both international tourists and locals.
Tempat berhibur ini adalah merupakan jelmaan dari bangunan lama zaman kolonial yang banyak terdapat di kawasan itu. Namun apa yang dinamakan Heritage Row hanyalah deretan rumah-rumah lama itu sahaja. Gambar bawah ini lah deretan bangunan berkenaan.
Selain deretan tempat berhibur itu terdapat juga sebuah bangunan yang dinamakan sebagai Heritage House. Ia merupakan bangunan pejabat dan terletak di Jalan Yap Ah Shak. Adakah Yap Ah Shak ini ada hubungkait dengan Yap Ah Loy? Lihat peta di bawah…….
Atas: Bangunan Heritage House yang terletak di Jalan Yap Ah Shak
Sebuah lagi bangunan di Jalan Yap Ah Shak.

Galeri Nicol David di Bukit Jalil

Sekarang siapa tidak kenal apabila disebut nama Nicol David. Gadis yang berasal dari pulau mutiara ini kini adalah nama yang disegani di dalam bidang sukan skuasy bukan sahaja di Malaysia malah di dunia. Nicol telah meletakkan dirinya sebagai pemain wanita nombor satu dunia dan sebagai menghargai kejayaan beliau Kementerian Belia dan Sukan telah mengabadikan nama beliau pada gelanggang utama skuasy di Kompleks Skuasy Nasional, Bukit Jalil. Majlis tersebut telah disempurnakan sendiri oleh YB Menteri Belia dan Sukan baru-baru ini.
Disamping merasmikan penamaan gelanggang utama itu juga, telah diresmikan sama Gelanggang Nicol David yang terletak bersebelahan gelanggang utama itu.
Pelawat boleh melihat bahan-bahan kenangan Nicol dan yang paling menarik ialah raket pertama yang digunakan oleh beliau sewaktu mula-mula bermain skuasy dahulu.
footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: