Chimney Di Labuan Masih Misteri

Saya telah membuat satu posting yang menceritakan tentang lawatan ke Chimney di Labuan. Namun demikian ia adalah sebahagian daripada lawatan saya. Kali ini entry saya akan menceritakan khusus tentang Lawatan ke Chimney itu sahaja.
 
Lawatan saya ke Chimney ini pun dapat dilakukan setelah beberapa kali mengunjungi Pulau Labuan walaupun setiap kali datang, ada niat untuk melawatnya.
Chimney ini terletak di Tanjung Krubong, dan mempunyai ketinggian 106 kaki diperbuat daripada batu bata merah  dan dipercayai ada hubungkait dengan perusahaan melombong arang batu di Labuan. Lihat peta DI SINI untuk lokasi. Sebanyak 23,000 ketul bata merah telah digunakan dan ianya diimport dari England. Susunan batu bata pada binaan ini adalah tipikal dengan gaya British.
Pada awalnya dianggap bahawa Chimney ini dibina sebagai laluan asap tetapi kajian menunjukkan tidak terdapat kesan asap atau arang pada bahagian dalamnya dan ini adalah antara yang menyumbangkan kepada  binaan ini masih menjadi misteri hingga hari ini. Hasil dari mengorek untuk kajian mendapati terdapat 12 lapisan bata di bawah aras bumi dan binaan ini terletak di atas jaluran batu kapur yang kaya dengan tanah liat jenis kaolin atau tanah liat porselin.  Beberapa hipotesis telah dibuat untuk mengkaji binaan ini. Ada yang mengatakan ia sebahagian daripada rumah agam yang tidak siap sementara ada yang mengatakan ia berfungsi sebagai rumah api untuk memberi panduan kepada kapal-kapal yang lalu di kawasn tersebut. Pada zaman awalnya, kawasan berhampiran dengan laut itu mempunyai penduduka yang ramai dan Chimney ini digunakan sebagai menara untuk measang loceng bagi memberi amaran kepada penduduk tentang ketibaan kapal.
 
Di bawah ialah plak yang dibina oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang terdapat di perkarangan Chimney.
Spesifikasi Chimney seperti yang dipaparkan di lokasi

Bersebelahan dengan tapak Chimney ini terdapat sebuah bangunan pentadbiran dan didalamnya ada sebuah diorama yang mengisahkan tentang aktiviti perlombongan arang batu di kawasan tersebut.

Saya ingin memetik dari satu tulisan mengenai perlombongan arang baru di Labuan antara tahun 1847 hingga 1911 yang menyebabkan diorama ini dibina bagi merakan sejarah perlombongan itu….
 
Coal, found at the northern end of the island, was worked by mining companies between 1847 to 1911. It was first worked by William Miles between April 1847 to July 1849, under contract for the Eastern Archipelago Company. 
Untuk baca seterusnya sila lawat laman ini
 

Kuala Lumpur – Pesta Hujung Tahun

Dok terfikir apa pula yang aku nak tulis untuk pertandingan Blog4FT. Kadang-kadang terlintas pula takkan nak tulis pasal tempat-tempat dan bangunan saja. Ramai orang buat posting tentang KLCC dan Menara berkembar Petronas. Tidak kurang juga tulis tentang Petaling Street, Dataran Merdeka, Central Market. Buka salah apa-apa pun sebab subjek mungkin sama, fakta mungkin sama tetapi olahan mungkin tidak sama. Masing-masing ada stail tulisannya sendiri. Namun demikian melihat kepada nama pertandingan Blog4FT maknanya nak kena tulis yang positif pasal Kuala Lumpur, Putrajaya atau Labuan. Tujuan nak mempromosi ketiga-tiga wilayah persekutuan ini bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi juga masyarakat antarabangsa.
Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia sudah semestinya menjadi ‘the only one place visited’ bagi majoriti   orang luar jika mereka datang on a business trip. Sama jugalah jika kita ke luar negara on a business trip, maka sudah semestinya satu atau dua tempat yang dapat dikunjungi dalam masa yang pendek. Lainlah jika kedatangan seseorang itu bertujuan untuk melancung, maka dapatlah mereka pergi ke tempat-tempat lain selain Kuala Lumpur.
Tahun 2009 semakin akan melabuhkan tirainya. Walaupun tahun sudah semakin hendak habis, tetapi aktiviti tetap berjalan seperti biasa. Biasanya masa hujung tahun ni ada satu habit dari Jabatan Kerajaan yang digelar sebagai Christmas Shopping. Masa inilah buat aktiviti untuk habiskan budget tahunan. Kalau tidak budget itu akan hangus dan hantar balik kat AG. Dahlah tu, dikatakan pula Ketua Jabtan tidak tahun nak urus budget, sebab  itu banyak lebih. Jadi tahun berikutnya, dapat kurang. Wajarkan amalan sebegini di teruskan? Dalam keadaan gawat rasanya semua Jabatan patut berjimat cermat dan berbelanja dengan berhemah. Dari sudut pandangan aku sebagai pekerja bawahan, sepatutnya duit lebih itu dicarry forward. Jadi tak perlulah Ketua Jabatan nakjoli pada hujung tahun nak habiskan budget.

SUKAN 

Hari ini (19 Nov) bermulalah satu pertandingan peringkat antarabangsa di Kuala Lumpur. Sukan ekstrim paintball akan diadakan di Family Park. Bukit Jalil. Pertandingan tersebut, WCA (WorldCup Asia) akan menerima penyertaan dari pasukan-pasukanyang datang dari seluruh dunia. Baca SINI……  

EKONOMI

Bulan November ini akan bermula Year End Sales (YES) dari 21 November 2009 hingga 3 Januari 2010. Inilah masa untuk memeli-belah kerana adanya tawaran-tawaran harga yang rendah dari gedung-gedung membeli-belah. Walaupun iamelibatkan seluruh negara, tetapi sudah tentu Kuala Lumpur akan menjadi tumpuan sebab, bersamaan juga dengan musim cuti sekolah. Ramai yang akan datang melawat Kuala Lumpur pada masa itu.

 POKIM PC Fair datang lagi. Ia akan dianjurkan di beberapa bandar utama seluruh Malaysia dan sudah semestinya satu untuk Kuala Lumpur yang akan diadakan di KLCC. Pamrean di Kuala Lumpur akan diadakan pada 4 – 6 Disember 2009.

Hujung tahun ini juga ada dua perayaan yang bersangkutan dengan agama.Pada 27hb November umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Hari raya ini ada ibadah korban di dalamnya. Oleh  itu ibadah korban boleh menjadi satu tarikan kerana ada yang melakukannya secara berkumpulan dan melibatkan banyak ekor lembu dan/atau kambing akan dikorbankan. Itu tidak termasuk lagi jika ada yang akan menumbangkan unta.

Pada 25 Disember pula sambutan Krismas akan berlangsung. Sekarangpun suasana perayaan Krismas itu sudah mula dirasai. Gedung-gedung membeli belah sudah mula memasang hiasan untuk menyambut hari tersebut yang datang setiap tahun.

Pada bulan Disember juga Media Prima akan menganjurkan Karnival Jom Hebohnya bertempat di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil. Karnival ini merupakan penutup tirai untuk mereka setelah menjelajah ke beberapa tempat lain di seluruh negara.

Kepada ibu bapa pula ini juga merupakan masa untuk menyiapkan anak-anak yang akan bersekolah semula pada tahun 2010. Pastinya akan ada karnival balik ke sekolah dianjurkan. Sememangnya kemeriahan hujung tahun akan terus terasa dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan semua peringkat usia ini.

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: