Downtown Di Kuala Lumpur


Tuhan mencipta siang dan malam dan mengisi masa tersebut dengan aktiviti yang sesuai dengannya. Siang adalah masa untuk manusia bekerja mencari rezeki mulai dari matahari terbit dan berakhir dengan matahari terbenam. Malam pula adalah masa untuk beribadat dan berehat sebelum meneruskan aktiviti untuk hari esoknya. Siang juga merupakan masa bagi sesetengah haiwan tidur untuk berjaga sebelah malamnya dan begitulah Allah mengaturkan masa untuk keselesaan makhluknya.
Tetapi dalam keadaan terdesak manusia semakin tidak mengikuti lagi peraturan masa ini dan bagi sebahagian mereka malam dan siang bukanlah penghalang untuk meneruskan aktiviti. Zaman sekarang semakin ramai manusia sudah mula mencari rezeki sebelah malam dan berehat sebalah siang pula. Walaupun ianya berubah dari lumrah alam ciptaan Allah, tetapi ia tidak ditolak oleh masyarakat.
Jika mulai tahun 70an dulu, peniaga-peniaga mencari rezeki tambahan melalui perniagaan di pasar malam, bermula dari lewat petang hingga tengah malam. Semasa berlaku kegawatan ekonomi di akhir tahun 80an,  ramai juga mereka yang bekerja pada waktu siang atau kehilangan pekerjaan mula melakukan perniagaan yang dinamakan Car Boot Sales pada sebelah malam. Sekarang aktiviti perniagaan waktu malam semakin dilanjutkan hinggalah lewat pagi antara jam 3.00 hingga 4.00 pagi. Jika dulu kita kenali sebagai pasar malam, kini namanya lebih canggih dengan menamakannya Uptown.
Tidak dapat dipastikan sama ada Uptown di Malaysia ini bermula di Kuala Lumpur tetapi ia sudah semakin popular dan mula diujudkan di merata tempat. Dengan ujudnya Uptown memberikan peluang kepada mereka yang bekerja di siang hari khususnya pekerja pejabat, peluang untuk membeli belah selepas waktu kerja walaupun pilihannya tidak seperti membeli-belah waktu siang. Tetapi memadailah untuk membeli barang-barang keperluan yang bukan keutamaan. Di Kuala Lumpur terdapat tiga kawasan perniagaan tengah malam ini iaitu di Downtown Danau Kota, Setapak, Downtown KL di Cheras dan Uptown di Kota Damansara.Downtown ini mengambil konsep pusat perniagaan industri kecil dan sederhana dam juga konsep pasar malam dan mendapat sambutan hangat dari orang ramai khususnya pada hari Jumaat dan Sabtu. Ia diusahakan oleh Persatuan Pengasih Malaysia.

Saya telah mengunjungi Downtown Kuala Lumpur di Cheras kerana lebih dekat dengan tempat saya tinggal.   Ia terletak di Cheras iaitu di kawasan letak kereta Velodrom Kuala Lumpur dan beroperasi dari hari Selasa hingga Ahad mulai jam 10.00 malam hinggalah 5.00 pagi. Lihat peta lokasi Downtown ini.

KL Downtown menawarkan pelbagai barangan dan aksesori harian seperti pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak, kasut, barangan kulit, aksesori telefon bimbit, beg, barangan elektronik, aksesori kenderaan, aksesori penampilan diri, hiasaan rumah, permainan kanak-kanak dan sebagainya. Di samping itu bagi wanita yang ingin mendapatkan hiasan inai atau henna, juga boleh didapati di KL Downtown.Di dalam kawasan ini juga terdapat pentas dan pihak penganjur merancang pertunjukkan-pertunjukkan dari semasa ke semasa sebagai daya tarikan kepada pengunjung. Di samping itu jika anda ingin menunjukkan bakat untuk menyanyi boleh juga mencuba berkaraoke di khalayak dengan bayaran yang minima.

Kredit gambar di atas TV SMITH.

Gambar bawah dipetik dari galeri laman web KL Downtown yang merupakan antara acara yang dianjurkan di sini.

Sekiranya anda kepenatan boleh mendapatkan khidmat refleksologi dari beberapa gerai yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Khidmat mengurut badan juga disediakan disamping rawatan resdung.

Selepas meronda-ronda di gerai-gerai yang tersusun itu, pengunjung juga boleh menjamu selera di Medan Selera DBKL berhampiran.

Sila lawat laman KLDowntown.

Satu lagi uptown di Kuala Lumpur ialah Danau Kota di Setapak. Saya belum pernah pergi lagi, jadi saya tidak dapat tulis lebih panjut tentangnya. Walau bagaimanapun peta di bawah dan DI SINI menunjukkan kawasan Downtown berkenaan.

Author: atok zaha

I am just a small blogger writing about sports, travel and lifestyle and turned into a social media influencer. Will undertake to accept write up invitations. to blog and to share on my social media platforms,

3 thoughts on “Downtown Di Kuala Lumpur”

  1. Forest Heights Downtown SEREMBAN, akan dibuka pada awal RAMADHAN ini……….Kelebihan untuk PENIAGA:- 1) Khemah pasang kekal (pertama kali di Downtown) 2) Pengiklanan dan promosi diuruskan 3) Tanpa deposit 4) Pemilihan tapak bagi peniaga yang mendaftar awal 5) Pengawal keselamatan 24 jam 6) Punggutan sampah setiap hari 7) Sewa tapak termasuk khemah serta permit niagaHARGA PROMOSI SEBELUM PELANCARAN ADALAH RM 600, (KHEMAH 10'X10' SIPDER)….HARGA INI TERHAD KEPADA 100 TAPAK SAHAJA YANG PERTAMA DAN TERWAL!!!!!HARGA TETAP ADALAH RM 700, DAN AKAN DIKEKALKAN SELEPAS PELANCARAN……..CEPAT!!!!! SEWA TAPAK ADALAH TERHAD….REBUTLAH PELUANG INI…………http://arif4315.blogspot.comJika berminat, boleh hubungi wakil kami di talian:-012-602 9776 – Robert019-379 0973 – Yut012-602 1776 – Mat017-221 1039 – Liew017-315 1977 – Bob017-351 1571 – Loy017-653 8643 – Azim019-667 8199 – ApisPejabat:Izma Azura RersourcesNo.71, Tgkt 1, Jalan Melor 2,Taman Rasa Sayang, 70450 Senawang, Seremban.tel: 06-677 5488

  2. “Tapak uptown danau kota untuk bulan puasa”
    Last minit 1 tapak tinggal..cenopy dan elektrik disediakan..1bulan SAHAJA untuk bulan puasa..rm3700..berminat terus call dan tengk tapak..conferm terus bayar dan niaga masuk 17hb rabu ni..apa2 derect call 012-6625106..

  3. Tapak untuk di sewa kan di uptown dabau kota setapak kl..saiz tapak stendert saiz..cenopy akan di sedia kan..rm750 bulan2 kecuali bulan puasa..1+1 deposit..minat derect call 0126625106

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: