Sememangnya bagi peminat sukan di negara ini agak sukar untuk mengikuti perkembangan Sukan SEA kali ini kerana tiadanya siaran langsung mahupun laporan khas kecuali untuk mengikutinya melalui berita di media elektronik ataupun laporan lewat di akhbar harian. Mereka yang mempunyai akses kepada internet mungkin agak bernasib baik kerana masih dapat melawat laman web resmi sukan SEA untuk melihat perkembangannya.
Apa yang berlaku sekarang patut diambil iktibar oleh semua pihak yang menganjur sebarang kejohanan bahawa peminat sentiasa ingin mengetahui perkembangan terkini dari semasa ke semasa. Dengan adanya media baru sewajarnya ianya diambil peluang sebagai menggantikan media tradisi iaitu elektronik. Zaman ramai orang sudah menceburi Twitter, Facebook dan blog ini sewajarnya peminat sukan tidak ketandusan informasi terkini. Saya pasti ramai pegawai dan atlet ada kemudahan Blackberry sekarang dan ia dapat digunakan sebagai penyebar maklumat ke twitter atau facebook. Disamping itu ada satu program percuma dalam internet melalui live blogging iaitu coveritlive yang membolehkan sesuatu acara itu diliputi secara langsung dari venue pertandingan. Saya telah mencubanya semasa Konvensyen Industri Sukan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Majlis Sukan Negara ada menyediakan laman web resmi kontinjen negara di Laos. SINI.
Semoga di masa hadapan laporan-laporan secara langsung melalui internet ini dimenfaatkan kerana bukan semua rakyat Malaysia boleh hadir ke venue sesuatu pertandingan itu.