Konvensyen Sukan Kebangsaan 2009

Konvensyen Sukan Kebangsaan 2009 yang diadakan pada 22 dan 23 Disember 2009, adalah susulan daripada konvensyen yang sama yang diadakan di tempat sama pada tahun 2008. Memetik kata-kata aluan dalam buku laporan konvensyen, YBhg. Dato’ Zolkeples Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara : …seperti yang telah kita janjikan semasa pengelolaan konvensyen yang pertama pada tahun 2008 yang lalu bahawa konvensyen ini akan dikelolakan pada setiap tahun bertujuan untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan pembangunan sukan di negara ini. 
Objektif konvensyen kali ini ialah untuk mengumpul aktivis-aktivis sukan di negara ini agar dapat menilai kembali Pembangunan Sukan Negara dari pelbagai aspek. Objektif-objektif Konvensyen ini ialah seperti berikut:-

  • Membolehkan kita mendapat maklumbalas kepada semua resolusi-resolusi yang telah dicapai dalam konvensyen sebelum ini dari segi pencapaian perlaksanaannya.
  • Mendapatkan input dari negara United Kingdom dan negara China dari segi pembangunan serta persiapan atlet dalam temasya sukan peringkat antarabangsa dan Olimpik. 
  • Membolehkan kita menilai kembali keberkesanan dan pelaksanaan agensi-agensi sukan dalam usaha memperkasakan budaya bersukanv di kalangan rakyat Malaysia serta persiapan negara ke pertandingan-pertandingan antarabangsa termasuk Sukan Olimpik.
  • membolehkan kita menyelaraskan dan merumuskan pandangan-pandangan aktivit-aktivis sukan negara untuk mencapai kesepakatan dalam membangun dan memajukan sukan negara. 

Majlis Perasmian Konvensyen telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Shabery bin Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Sebanyak enam Laporan daripada resolusi konvensyen tahun 2008 telah dibentangkan oleh pengerusi Jawatankuasa masing-masing. Pembentangan dan maklumbalas adalah seperti berikut:

  1. Kemudahan dan Pembangunan Jangka Panjang.
  2. Sukan Prestasi Tinggi
  3. Sukan di Universiti
  4. Sukan di sekolah
  5. Sains dan Perubatan
  6. Pembangunan Organisasi
Disamping pembentangan Laporan terdapat juga pembentangan kertas oleh penceramah undangan dan dua daripada penceramah undangan luar negara ialah bagi tujuan mempelajari kejayaan negara mereka dalam sukan prestasi tinggi dan persiapan untuk Sukan Olimpik 2012. 
Pembentangan Mission 2012: The Search for Excellence telah dibuat oleh Mr. Simon Amor, UK Sports Performance Adviser. Peserta juga telah didedahkan dengan maklumat tentang bagaimana negara China telah menjadi cemerlang dalam Sukan Olimpik di Beijing pada tahun lalu melalui kertasnya, Organization and Management Mode of China Competitive Sport oleh Mr. Yuan Shaolong, Deputy of the Olympic Office of the Competitive Sport Bureau of the General Administration of Sports of China. 
Sementara itu dua pembentangan kertas oleh penceramah tempatan dibuat pada hari kedua iaitu:
Promosi dan Strategi Pembangunan Sukan Negara oleh Prof. Madya Dr. Mohd Salleh Aman, Timbalan Pengarah Pusat Sukan Universiti Malaya dan Prasarana dan Kemudahan Dalam Membantu Menjana Pembangunan Sukan Negara oleh Majer (B) Mohd Bahar Abd. Hamid, Pengarah Sukan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Pendaftaran Peserta
Advertisements

One Comment Add yours

  1. Revive says:

    Win RM1k every Week with Revive Isotonic on Facebook.http://www.facebook.com/ReviveIsotonic

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s