Pameran Autoshow 09 Di Bukit Jalil

Aktiviti pameran di Kuala Lumpur adalah pelbagai dan penghuninya dapat menikmati exhibit mengikut selera masing-masing. Tepuk dada tanya selera.

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk mengunjungi satu pameran kereta yang diubahsuai bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, diadakan satu Autoshow yang mempamerkan berbagai jenis kenderaan yang dihias   dengan berbagai bentuk. Antara yang menarik perhatian pengunjung ialah kereta-kereta yang dipasang sistem bunyi yang boleh dikatakan ‘ekstrim’ dan juga hiasan melalui penggunaan seni airbrush pada kereta. Ia disusuli juga dengan pertandingan dekorasi airbrush pada kenderaan masing-masing.
Pameran pada tahun ini agak kurang menarik berbanding pameran yang sama diadakan pada tahun 2008 kerana ada penyertaan dari peserta-peserta luar negara dengan pengubahsuaian kenderaan yang lebih canggih. Walau bagaimanapun pameran kali ini tetap mendapat sambutan daripada peminat kereta walaupun dikenakan bayaran masuk RM 10.00. Penganjur pameran ini ialah Kelab Autoshow dengan kerjasama KISMAS 09, IKBN, Rakan Muda dan Munchy’s

Sempena Autoshow ini juga diadakan workshop airbrush di  bawah  bimbingan  Jaz airbrush  dan Daniel  Powers dan Tom’s Stickers.

 
Atas: Satu hasil airbrush yang dibuat semasa demonstrasi dalam pameran tersebut.
Atas: Salah seorang pengunjung mendaftar untuk menjadi ahli Kelab Autoshow.
Tidak lengkap jika pameran kenderaan tidak diserikan dengan peragaan gadis-gadis di sisi kenderaan.
Munchy’s juga telah menganjurkan satu pertandingan fotografi, It’s OK to Krunch di mana jurufoto tanpa mengira status berpeluang mengambil gambar empat orang Hot Babes (gambar bawah) dan menyertai pertandingan.
Lain-lain acara yang diadakan pada malam tersebut termasuklah
Best Sticker Challenge
Best Kitty of the night
ExtremeModified Challenge
Street I.C.E Party
RC Drift Competition

Author: atok zaha

I am just a small blogger writing about sports, travel and lifestyle and turned into a social media influencer. Will undertake to accept write up invitations. to blog and to share on my social media platforms,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: