Taman Bukit Jalil adalah sebuah taman rekreasi yang terdapat di Bukit Jalil. Ia terletak berhampiran dengan Bukit Jalil Golf Club di tepi Lebuhraya Sungai Besi Puchong. Taman ini lebih luas berbanding Bukit Komanwel. Ia meliputi kawasan berhutan dan kawasan lapang dan sesuai sekali untuk dijadikan tempat beriadah pada bila-bila masa sebelah siang. Ini kerana terdapat kawasan yang dilindungi pokok-pokok yang menghijau dan mengujudkan suasana yang dingin. Anda boleh berjoging di trek-trek yang dibina di dalam kawasan berhutan tanpa merasakan panas bahang mata hari.
Kawasan ini boleh dibahagikan kepada dua kawasan iaitu kawasan yang ditumbuhi pokok-pokok hitan tropia dan juga satu lagi kawasan yang telah diubahsuai dan lapang. Setiap kawasan itu mempunyai tasiknya sendiri dan dihuni oleh kura-kura dan ikan air tawar sermasuklah ikan keli dan kan Jepun. Aktiviti memancing adalah dilarang di dalam kedua-dua tasik berkenaan.
Untuk posting ini saya tumpukan kepada kawasan yang berhutan terlebih dahulu. Peta Google di bawah menunjukkan zon berhutan yang boleh dimasuki melalui pintu 1.
Di sekitar taman terdapat laluan untuk joging di kawasan terbuka dan juga melalui kawasan berhutan yang dingin dan juga mengelilingi tasik.