Jalan-Jalan Kuala Lumpur II – Menjadi Pelancung Di Tempat Sendiri

1 Januari 2010.

Tiba-tiba aku berubah menjadi seorang pelancung di tempat sendiri. Walaupun sudah hampir 15 tahun menjadi warga Kuala Lumpur, aku jarang sekali mengambil masa yang khusus untuk melawat sekitar Kuala Lumpur. Kesuntukan masa dan tumpuan terhadap tugas sedikit sebanyak menghalang aku dari menjelajah Kuala Lumpur. Walaupun tahu serba sedikit tentang tempat-tempat di bandaraya, ianya terjadi secara tidak langsung apabila keluar untuk berurusan.
Memandangkan hari ini cuti umum sempena tahun baru 2010, dengan “bersenjatakan” kamera digital aku keluar ke Kuala Lumpur untuk melancung secara resmi.
Rasanya cukup mudah bagi melancung di Kuala Lumpur yang selalunya sesak dengan kenderaan. Apabila berada dalam kesesakan sudah pastu stress akan wujud dalam diri dan dengan memandu sendiri kereta, saya tidak dapat melihat dengan bebas kerana pemandangan terpaksa ditumpukan pada jalan raya. Kuala Lumpur menyediakan satu kemudahan yang cukup baik untuk membolehkan seseorang itu melancung dan melihat sekitarnya dengan mudah dan murah.
Perkhidmatan Hop On Hop Off City Tour adalah sepatutnya penjadi pilihan bagi mereka yang ingin melancung di Kuala Lumpur. Inilah perkhidmatan yang saya gunakan untuk melancung kali ini.
Saya turun dari stesen monorail Bukit Bintang dan terus ke kaunter informasi KL Hop On Hop Off yang terletak di hadapan Wisma Peladang, Bukit Bintang. Kaunter tersebut mengikut petanya merupakan perhentian yang no 4. Memandangkan pada masa ini cuti sekolah, pihak Hop On Hop Off mengadakan proosi untuk pengunjung tempatan. Tiketnya hanyalah RM 10.00 untuk perjalanan tanpa had sehingga 7.30 malam.
Bas pertama datang. Saya tidak naik bas ini kerana matlamat saya ialah hendak menaiki bus yang ada open deck. Jika hendak mengambil gambar maka bas open deck patut menjadi pilihan. Walaupun berada di dek luar agak panas tetapi berbaloi kerana dapat melihat persekitaran dengan lebih selesa tanpa sebarang halangan pemandangan. Dalam perjalanan itu bas boleh dikatakan penuh dan sebahagian besar sudah semestinya pelancung dari luar negara.
Bas bertolak dari Bukit Bintang itu dan melalui Tengkat Tong Shin dan Jalan Ceylon sebelum masuk ke Jalan Raja Chulan. Dari situ bas terus ke Petaling Street melalui Jalan Sultan dan kemudian ke hentian Central Market.
Dari situ bas terus ke Istana Negara. Di hentian ini bas menunggu sebentar. Mungkin kerana pelancung tidak mengambil masa yang lama untuk berada di sini menyebabkan bas menunggu. Kemudian bertolak pula ke KL Central dan Muzium Negara.
Selepas Muzium Negara bas meneruskan perjalanan ke Taman Tasik Perdana. Saya turun di hentian 13. Hentian ini bagi mereka yang ingin melawat Tugu Negara dan Taman Tasik Perdana. Memandangkan hari ini hari Jumaat dan sudah masuk waktu untuk sembahyang Jumaat, saya berpeluang sembahyang Jumaat di Mesjid Bukit Aman. Pada mulanya saya jangka dapat sembahyang di Mesjid Negara.
Selesai sembahyang saya berjalan ke Taman Burung Kuala Lumpur. Taman Burung Kuala Lumpur adalah merupakan World’s Largest free flight walk-in aviary.
Saya tidak masuk ke dalam taman memandangkan kawasannya yang luas dan saya tidak mempunyai masa yang banyak. Satu lagi faktor ialah harga tiket untuk masuk agak mahal dan saya dapat mengagak tidak banyak yang saya dapat lihat di dalam. Jadi tentu tidak berbaloi dengan harga tiket yang dibeli. Jika hendak menikmati burung perlulah merancang untuk menghabiskan sepenuh masa di dalamnya untuk mendapat balik pulangan pada harga tiket. Jika sekadar hendak berjalan dan melihat burung seimbas lalu adalah tidak memadai.
Selepas keluar dari kawasan pintu utama KL Bird Park itu saya ke Taman Orkid. Memandangkan hari ini cuti, maka pengunjung dikenakan tiket RM 1.00 untuk masuk. Bacalah apa yang saya nampak dalam Taman ini di SINI.
Taman Orkid ini sebenarnya adalah berkembar dengan Taman Bunga Raya iaitu bunga kebangsaan negara kita. Lihat di SINI apa yang saya lihat.
Tunggu bas Hop On Hop Off di stop no 14. Lama juga. Lebih kurang 40 minit baru bas datang. Apa yang menariknya ialah bas itu juga bas yang sama aku naik sebelum itu. Malah terjumpa juga beberapa orang yang sama yang dalam perjalanan tadi. Perhentian seterusnya ialah Mesjid Negara sebelum ke Dataran Merdeka. Ada aktiviti di Dataran Merdeka.
Seronoknya dapat main bola di atas jalanraya.
Di atas dek terbuka memang ramai penumpang dan tengoklah kreativiti kanak-kanak ini untuk mencari tempat duduk setelah penat berdiri.
Perjalanan diteruskan melalui Jalan Raja Laut, Jalan Ipoh dan kemudian masuk ke Jalan Tun Razak. Bagi mereka yang ingin merakan keindahan Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur, bersiap sedialah dengan kamera masing-masing kerana dari sini dapat merakam keindahan kedua-dua ikon Kuala Lumpur itu. Lihatlah foto-foto yang diambil dari dek terbuka bas.
Salah sebuah bangunan yang baru siap dengan rekabentuk yang menarik. Ianya ialah The Oval yang terletak di persekitaran KLCC dan merupakan condominium mewah terletak di Lorong Kuda.

Destinasi seterusnya ialah MATIC Jalan Ampang, iaitu pusat penerangan pelancungan Malaysia. Dulunya Dewan Tunku Abdul Rahman sebelum neneruskan perjalanan ke perhentian seterusnya Menara Kuala Lumpur. Sewaktu melintasi menara,kelihatan ada aktiviti Flying Fox sedang berlangsung. Bagi mereka yang ingin mencuba aktiviti ekstrim ini bolehlah mencuba.
Destinasi terakhir sebelum menamatkan satu pusingan Hop On Hop Off ialah Karyaneka selepas menurunkan  penumpang di Mandarin Oriental di Kuala Lumpur Convention Centre yang juga merupakan salah satu perhentian bas itu. Perjalanan ke Karyaneka adalah melalui Jalan P. Ramlee yang merupakan pusat hiburan waktu malam bagi pengemar clubbing. Kesan sambutan Tahun Baru masih ada. Foto di bawah salah satu tempat berhibur di Jalan P. Ramlee.
Karyaneka adalah merupakan tempat untuk melihat sendiri aktiviti seni kraf tempatan.
Namun apa yang menarik dengan perjalanan ini baru aku tahu di mana terletaknya The Royale Chulan Hotel, tempat berlangsungnya majlis pernikahan anak Chef Wan, Serena dengan pasangannya Salehudin.
Jalan Bukit Bintang adalah normal. Maksud aku normal kerana adanya kesesakan jalan. Inilah Kuala Lumpur, dalam pahitnya hidup di kota metropilitan, ada manisnya.
Perjalanan aku berakhir di stesen no 6 di mana aku memulakan perjalanan. Jam sudah menunjukkan pukul 5.45 petang.

Hang Tuah – Textile & Fashion District Kuala Lumpur

Saya hanya nampak melalui tingkap LRT deretan kedai menjual pakaian borong setiap kali LRT itu menuju stesen Hang Tuah. Hari ini saya telah menjejakkan kaki ke kawasan tersebut yang terletak di belakang Rumah Pangsa Awam Jalan Hang Tuah. Rupanya terdapat banyak lagi kedai-kedai jualan pakaian secara borong di sepanjang Lorong Merbau, Lorong Meranti, Lorong Meranti 1,2 dan 3.
Di kawasan ini pengusaha butik ataupun peniaga-peniaga pakaian boleh membeli pakaian dari berbagai fesyen dengan harga borong. Selain pakaian juga terdapat beg tangan, kasut, pakaian dalam dan kain ela yang juga dijual secara borong.
Apabila saya meninjau tempat ini, maka saya teringat tentang situasi yang sama di textile district di Los Angeles Downtown.

Kuala Lumpur Masih Hijau

Kuala Lumpur bukan sekadar sebuah hutan batu bata. Jika kita bersiar-siar sekitar bandaraya pemandangan kita masih lagi disegarkan dengan tumbuh-tumbuhan yang menghijau. Masih banyak kawasan di dalam kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang kekal hijau seperti Tasik Perdana, Bukit Bandaraya dan Bukit Nenas disamping projek penghijauan yang dibangunkan seperti Taman di KLCC. Dalam hal ini Malaysia boleh berbangga kerana kita masih lagi berusaha untuk mengekalkan kehijauan bandaraya di tengah-tengah kepesatan pembangunan.

Atas: Jalan Damansara menuju Jalan Duta
Atas: Lanskap di hadapan Muzium Negara
Atas: Jalan Istana di hadapan Istana Negara
Atas: Kawasan sekitar Kompleks Sukan Negara dan Taman Teknologi di Bukit Jalil
Atas: Taman di pesieir Sungai Gombak di Mesjid Jamek Kuala Lumpur
Atas: Lanskap di dalam kawasan Mesjid Jamek Kuala Lumpur
Atas: Jalan Raja Chulan bersebelahan dengan Pavillion
Atas: Jalan Sultan Ismail
Atas: Pavillion Kuala Lumpur

Jalan-Jalan Kuala Lumpur II – Taman Orkid Kuala Lumpur

Selepas meninjau di luar pagar Kuala Lumpur Bird Park saya melawat pula Taman Orkid Kuala Lumpur yang terletak bertentangan dengan Taman Burung Kuala Lumpur. Bagi pelawat adalah lebih baik untuk mengabungkan lawatan ke kawasan Tasik Perdana ini dengan mengunjungi kesemua taman yang ada. Bagi mereka yang menaiki perkhidmatan Hop On Hop Off boleh turun di hentian 14.

Disamping menikmati keindahan bunga orkid dari berbagai spesies, pengunjung juga boleh membeli pokok-pokok orkid atau benih yang dijual kedai semaian yang terdapad di dalam kawasan taman. Foto di bawah adalah contoh antara pokok-pokok orkid yang boleh dibeli oleh pengunjung.

Taman Wawasan 2020

Tidak ramai orang menyedari bahawa terdapat sebuah taman di Kuala Lumpur yang merakamkan visi  negara untuk melalui Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020

Taman Wawasan ini telah diresmikan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Dr Mahathir Mohammed pada tahun 1993.
Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir MohamadPerdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanianpsikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaanmutu hidupnilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan. – dipetik dari Wikipedia

Pancutan air ini yang menjadi sebahagian penghias taman mempamerkan lapan cabaran Wawasan 2020. 
Lapan cabaran tersebut ialah: 




Cabaran utama

Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan 2020:
  1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
  2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
  3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.
  4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohaniandan didukung oleh nilai etika paling tinggi.
  5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adatkebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
  6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.
  7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
  8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
  9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.
Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya menjadi urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.- dipetik dari Wikipedia.

Seni ukir daripada logam telah diabadikan di taman ini sebagai satu representasi hasrat negara merealisasikan  Wawasan 2020.

SENI UKIR 1


SENI UKIR 2


SENI UKIR 3

Jalan- Jalan Kuala Lumpur II – Taman Bunga Raya Kuala Lumpur

Taman Bunga Raya ini terletak bersebelahan dengan Taman Orkid. Sekiranya masuk ke Taman Orkid tidak lengkap jika tidak meneruskan perjalanan ke Taman Bunga Raya pula. Kita semua tahu Bunga Raya atau nama saintifiknya Hibiscus Rosa Sinensis, adalah merupakan bunga kebangsaan negara kita. Taman ini seluas 0.9 hektar terpetak di kawasan Taman Tasik Perdana dan diresmikan oleh Datin Seri Dr. Siti Hasmah bt. Hj. Mohd Ali, isteri Perdana Menteri, pada 16hb Oktober 1989.

Peta Googlemap menunjukkan lokasi Taman Bunga Raya Kuala Lumpur
Jalan masuk ke Taman Bunga Raya Kuala Lumpur
Sebuah pancutan berimejkan Bunga Raya menghiasa laman di taman ini.
Mungkin ramai tidak menyedari bahawa species Bunga Raya bukan sahaja berwarna merah.
Di dalam taman ini juga terdapat sebuah galeri pameran. Tetapi malangnya pada ketika saya melawatnya, galeri ditutup. Tidak dipastikan mengapa ianya ditutup sebelah petang hari cuti hujung minggu. Sepatutnya ia dibuka seperti biasa kerana waktu inilah ramai orang ingin dan berpeluang untuk melawat.