Olthmans Jurulatih Baru Hoki Kebangsaan

Persekutuan Hoki Malaysia kini telah mendapatkan khidmat jurulatih dari Belanda Roeland Olthmans dengan kerjasama Majlis Sukan Negara dari segi pembayaran gaji. Mengikut laporan Berita Harian persetujuan telah diperolehi oleh PHM dan MSN akan membayar USD 8,000 (RM28,000) daripada jumlah  keseluruhan USD10,000 (RM35,000) yang diminta. 

Olthmans adalah merupakan bekas jurulatih Belanda dan juga Pakistan. 

Disamping Olthmans, PHM juga akan meletakkan Stehpen Van Huizen dan Tan Beng Hai sebagai pembantu jurulatih. Sebagai rekod, Stephen adalah merupakan antara 2 orang jurulatih hoki tempatan pertama yang memegang sijil Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) Tahap III. 

Sama ada Olthmans mampu mencapai sasaran atau tidak adalah juga bergantung kepada komitmen pemain-pemain dan bukannya beliau seorang sahaja. Pemain harus belajar dari apa yang berlaku apabila kita membawa Paul Lissek yang dianggap jurulatih terbaik dunia, tetapi masih gagal untuk memberikan kejayaan yang kita idamkan. 

KOAM Gugurkan Jurulatih

Kesatuan Olahraga Amator Malaysia mengugurkan empat orang jrulatih kebangsaannya selepas gagal memenuhi  sasaran yang ditetapkan kepada mereka iaitu sama ada memenangi emas atau memperbaiki masa/pencapaian masing-masing dalam Sukan SEA di Ventiane yang lalu. 
Baca di Berita Harian
Walaupun hanya nama Hanafiah Nasir yang disebut oleh laporan dalam Berita Harian tetapi saya rasa tiga lagi jurulatih yang digugurkan ialah mereka yang berpengalaman. Siapa yang akan mengambil alih tempat mereka tidaklah diketahui. Sama ada jurulatih yang baru itu akan dapat memenuhi objektif yang disasarkan sama-samalah kita lihat dan terpulang kepada mereka ini untuk menyahut cabaran dan buktikan bahawa mereka juga berkemampuan.