Paintball Kelab MSN 2010

Hari ini Kelab Majlis Sukan Negara mencipta satu lagi sejarah dengan menganjurkan pertandingan paintball antara cawangan bertepat di Xtion Paintball, Bukit Jalil. 24 pasukan telah mengambil bahagian yang terdiri daripada kakitangan MSN dan ISN, atlet dan pasukan jemputan dari Media. Pertandingan ini dikelolakan oleh Biro Sukan Kelab MSN. 
Boleh dikatakan semua staff MSN dapat merasakan buat pertama kali memegang marker paintball dan terlibat secara langsung dalam sukan ekstrim ini. Walaupun pertandingan ini lebih merupakan format rekreasi, sekurnag-kurang peserta dapat merasakan excitement dan sebahagian pula merasakan sendiri kesan terkena tembakan paintball.  
Keputusan Pertandingan
Johan – Atlet Hoki
Naib Johan – Atlet Angkat Berat
Ketiga – Cafe Atlet MSN
Keempat – Cawangan Kewangan