Bagaimana Foto Finish Berfungsi

Kita mengetahui bahawa dalam dunia sukan moden sekarang keputusan yang cepat dan tepat adalah perlu. Hasil daripada itu peralatan teknologi moden telah digunakan untuk membantu membuat keputusan itu dengan lebih tepat. Hasil kemajuan teknologi penentuan pemenang boleh dipastikan sehingga ke 1/1000 saat atau 40 kali lebih cepat daripada kerlipan mata.  

Antara peralatan yang digunakan adalah seperti Omega Scan ‘O’ Vision Star.Omega telah menjadi penentu waktu resmi setiap pertandingan Olimpik sejak Olimpik di Los Angeles pada tahun 1932 hinggalah kepada Olimpik Beijing 2008. IOC ( Komite Olimpiade Internasional ) juga telah melanjutkan kontraknya dengan Omega sehinggalah ke Olimpik London 2012.



https://i0.wp.com/i46.tinypic.com/2e5ldo5.jpg


https://i1.wp.com/i39.tinypic.com/16a154o.jpg
Sekilas tentang Omega Scan ‘O’ Vision Star

  • Dapat menangkap sampai dengan 2000 gambar sesaat.
  • Resolusi gambar yang dihasilkan adalah 2048 pixel.
  • Dilengkapi dengan sensor dengan sensiviti tinggi, sehingga dapat bekerja dalam kondisi pencahayaan yang kurang.
  • Dengan menangkap gambar secara akurat alat ini biasa digunakan dalam beberapa bidang sukan seperti olahraga, berbasikal, mendayung, acara-acara trek dsb.
https://i2.wp.com/i47.tinypic.com/a1iaz5.jpg
Proses Kerja Omega Scan ‘O’ Vision Star
https://i1.wp.com/i41.tinypic.com/bg69le.jpg

Penjelasan grafik di atas:

Pada saat pertandingan dimulai, loud speaker yang terletak pada starting block akan berbunyi seiring tembakan pistol starter. Alasan penempatan speaker pada starting block ialah supaya semua atlet mendengar isyarat start secara serentak.

Sementara itu di garisan penamat telah siap kamera brefrekuensi tinggi seperti Omega Scan ‘O’ Vision yang dapat menangkap sampai dengan 2000 gambar sesaat.

Ketika ada anggota badan seseorang atlet yang menyentuh garis virtual, maka kamera akan mengirimkan signal elektronik ke konsol timing yang akan secara langsung (real live) memaparkan catatan waktu ke Scoring Board.
Contoh Garis Virtual di Garisan Penamat

https://i2.wp.com/i44.tinypic.com/rh1oqu.jpg
Contoh Event Pertandingan
https://i1.wp.com/i44.tinypic.com/10xxyys.jpg
Contoh Photo Finish 
Kalau sebelumnya kita menggunakan timer untuk menentukan pemenang pertandingan yang kadang kala pemenangnya sulit untuk ditentukan kerana perbezaan yang tipis . Kini dalam pertandingan olahraga moden ianya dapat diatasi dengan penggunaan perlatan teknologi moden ini. Ianya juga dapat mencegah daripada berlakunya keputusan yang kontroversial. 
Saya masih lagi tertanya-tanya bagaimana foto finish lumba basikal lebuhraya dilakukan di mana berpuluh pelumba tiba serentak. 


Baca juga SINI.