Anugerah Sukan Negara 2009 – An All Terengganu Affair

Satu perkara yang menarik pada Malam Anugerah Sukan Negara 2009 yang lalu. Mungkin tidak ramai yang menyedari detik ini yang terjadi di atas pentas semasa upacara penyampaian anugerah. Lihat gambar yang saya ambil dari laman web Majlis Sukan Negara di bawah. Apa menariknya? 
anugerah_sukan_negara_2009_20100428_1306403045.jpg
Yang menariknya pada detik gambar di atas dirakam ia merupakan An All Terengganu Affair
Dato’ Zolkples Embong, Mohamad Azizul Hasni Awang, KDYMM Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan dan Menteri Belia dan Sukan……semuanya dari Terengganu.

Forum: Aging In Sports – Preventive Measures

Cawangan Pembangunan Organisasi Majlis Sukan Negara akan menganjurkan satu Forum bertajuk Aging in Sports – Preventive Measures bertempat di Dewan Perdana, Institut Sukan Negara pada 4hb Mei 2010. 

Majlis tersebut akan mengandungi satu pembentangan kertas berkaitan dengan tajuk Aging in Sports – Preventive Measures yang akan disampaikan oleh Dr. Mahathir bin Mohamed. Dr. Mahathir adalah merupakan seorang pakar berkaitan Aging dan mempunyai kelulusan dalam bidang berkenaan. 


Sedikit Latar Belakang Dr. Mahathir 
Memperolehi Advanced Diploma in Medical Sciences (Adv. Dip. MedSc.) daripada International Medical College pada tahun 1977 dan Doctor of Medicine (M.D.) daripada University of Calgary, Canada pada tahun 2000.
Pernah berkhidmat di beberapa Hospital kerajaan termasuk 3 tahun perkhidmatan secara sukarela di pedalaman Sarawak sebelum meninggalkan perkhidmatan dalam kerajaan pada tahun 2006
Bidang kepakaran beliau ialah dalam bidang Anti-Aging Medicine dan menjalani latihan dalam bidang berkenaan di American Board of Anti-Aging and Regenerative Medicine (A4M). Beliau juga menjadi Ahli Seumur hidup Soceity of Anti-Aging, Aesthetic and Regenerative Medicine Malaysia (SAAARMM) dan juga World Soceity of Anti-Aging Medicine (Belgium), International Hotmone Soceity dan International Association for Cell Therapy (Switzerland)
Selain Dr Mahathir dua orang personaliti seni juga turut diundang untuk membincangkan tentang topik yang berkenaan iaitu Aznil Hj. Nawawi dan Salamiah Hassan.

AZNIL  HJ. NAWAWI
Berusia 46 tahun berasal dari Kuala Lumpur dan berkelulusan Sarjana Muda Erkonomi dari Universiti Malaya.
Kini berkhidmat  sebagai Penasihat Kreatif Kumpulan ASTRO disamping menjadi Pengacara TV di ASTRO dan mengendalikan beberapa rancangan popular seperti Macam-macam Aznil dan Tom Tom Bak.
Pencapaian lain termasuklah antara 5 Pengacara Hiburan Terbaik Asia 2004 dan Best Talk Show di Asian Television Awards  Singapura.
SALAMIAH HASSAN
Mendapat gelaran Little Miss Dynamite, Salamiah mula menyanyi sejak berusia 19 tahun dan merupakan penyanyi popular sekitar tahun 70an. Disamping menyanyi suara beliau juga menjadi latar belakang iklan-iklan di Radio dan TV sejak 20 tahun lalu.
Sepanjang karier telah menghasilkan 5 album disamping menulis lirik antara yang popular “Tetap Menanti” Antara lagu popular beliau ialah Gelombang, Menghitung Hari dan Surat Terakhir.

Mengikut Pengarah Cawangan Pembangunan Organisasi, En. Suhardi Alias tujuan dianjurkan Forum tersebut ialah untuk memberi sedikit kelainan dari persekitaran sukan dan membuka perspektif baru dalam minda para atlet dan pengiat sukan tentang langkah-langkah yang boleh diambil untuk melambatkan proses penuaan secara saintifik dan juga amalan harian. 

Dr. Mahathir Mohamed akan membincang dari perspektif sains sementara personaliti seni dari segi amalan harian. 

Mengikut En. Suhardi lagi, selama ini kita hanya memikirkan untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan tetapi kurang mengambil perhatian terhadap proses penuaan di kalangan atlet khususnya. Melalui forum seperti ini, atlet dan pengiat sukan dapat membuat persediaan dan memperbaiki tabiat dan amalan harian berdasarkan contoh-contoh dari individu yang mengamalkannya. 

Forum tersebut dijangka akan diresmikan oleh YBhg. Dato’ Zolkples Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara dan akan dihadiri oleh atlet-atlet yang diundang disamping pegawai-pegawai Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara. Majlis dijangka bermula pada jam 11.00 pagi.  

Anugerah Sukan Negara 2009

Malam Anugerah Sukan Negara 2009 telah berlangsung di Mandarin Oriental Ballroom pada 27 April 2010. Majlis diserikan dengan keberangkatan KDYMM Yang Dipertuan Agung mencemar Duli menghadiri majlis tahunan anjuran Majlis Sukan Negara
Kredit Gambar: Berita Harian

Pemenang Anugerah 2009
Olahragawan Kebangsaan   – Mohamad Azizul Hasni Awang – Berbasikal
Olahragawati Kebangsaan    – Datuk Nicol Ann David
Anugerah Jurulatih Kebangsaan – K. Rajagopal – Bolasepak
                                                – Yoong Thong Foong – Wushu
Olahragawan Paralimpik  – Mohd Salam Sidik – Memanah
Olahragawati Paralimpik  – Norhayati Sanoh  – Boling Padang
Anugerah Kepimpinan Sukan – Edmund Yong – Golf
Anugerah Khas – T. Ponniyah – Karate
Anugerah Pasukan Lelaki – Skuad Bolasepak Sukan SEA 2009 (Klik untuk senarai pemain)
Anugerah Pasukan Wanita – Pasangan Leong Mun Yee dan Pandelela Rinong – Terjun

Sempena Malam Anugerah Sukan Negara itu juga telah dipamerkan Piala Thomas dan Piala Uber yang akan menjadi rebutan negara-negara yang akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Badminton Piala Thomas -Uber di Stadium Putra, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil pada 9 hingga 16 Mei 2010. Disamping itu juga KDYMM Yang Dipertuan Agung dan Raja Permaisuri Agong telah melancarkan Kempen Mengumpul Sejuta Tandatangan untuk Kempen Piala Thomas/Uber tersebut.
Atas: Piala Thomas dan Bawah: Piala Uber

Dodgeball

I knew about dodgeball when I saw an article published in The Star sometimes back. Then for the first time I had the opportunity to see the game played in real life for the first time at Kompleks Belia dan Sukan Air Keroh in Malacca. It was a community championship.

There is the governing body that promote the game called the Malaysian Association of Dodgeball or MAD.

Players divided into teams have to dip, dodge and dunk to avoid being hit by the ball thrown by players of the opposing team. During the start there will be six players and the team will be reduced by a hit from the opponent. 
The fun to the game was spiced up by cheering squads from each teams and located at the back of the playing court. These cheering squad are so called Kumpulan Sorak Paling Kreatif due to their creativity using DIY instruments and anything that can make sounds or music even to the use of rubbish bins as drums.  

Latihan Sukarelawan Sukan Malaysia XIII, Melaka 2010 Di Kompleks Belia dan Sukan Air Keroh, Melaka


Pada 17 dan 18 April aku bersama beberapa orang rakan telah berada di Kompleks Belia dan Sukan Air Keroh, Melaka untuk membantu Sekretariat Sukan Malaysia XIII, Melaka 2010 melatih para sukarelawan yang akan berkhidmat dengan berbagai Jawatankuasa dan Sukan sepanjang berlangsungnya sukan dwi tahunan itu. Latihan di Air Keroh adalah merupakan untuk kumpulan kedua dan ketiga setelah latihan yang sama dilaksanakan di Kompleks Rakan Muda Lendu, Alor Gajah Melaka. 
Perasmian latihan tersebut disempurnakan oleh YB Datuk Kapt(B) Hj Ab. Karim bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan yang juga merupakan Pengerusi Sekretariat Sukan Malaysia XIII, Melaka 2010. 
Seramai 418 orang sukarelawan yang terdiri dari berbagai peringkat umur, latar belakang pekerjaan dan bangsa telah hadir untuk mendapatkan latihan sebelum mereka ditugaskan dalam Sukan Malaysia yang akan berlangsung dari 10 hingga 19 Jun 2010. 
Lapan orang fasilitator telah terlibat dan mereka mempunyai pengalaman luas dalam bidang latihan personel khususnya sukarelawan beberapa temasya sukan besar di negara ini seperti Sukan Komanwel Kuala Lumpur 98, beberapa siri Sukan SEA dan juga badan-badan lain yang berkaitan. 

Para peserta telah didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai sukarelawan kerana mereka nanti akan merupakan sebagai duta kecil kepada sukan itu sendiri disamping membawa imej kerajaan Negeri Melaka dan juga Malaysia. Mereka telah diingatkan bahawa segala tingkah laku mereka ketika berkhidmat kelak akan mempamerkan keikhlasan masing-masing untuk berkhidmat secara sukarela dan tidak mengharapkan apa-apa habuan dari mana-mana pihak. 
Komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta semasa latihan adalah tinggi dan ini menunjukkan kesungguhan mereka untuk berkhidmat di Sukan Malaysia kelak. 
Satu lagi latihan akan diadakan juga di tempat yang sama pada 25 April nanti di tempat yang sama dan kali ini untuk sukarelawan yang akan bertugas di venue-venue di Jasin.
Walaupun memenatkan kerana bertugas dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang, tetapi kepuasan terasa di kalangan para fasilitator kerana dapat memberikan tunjukajar dan pengalaman mereka dan para sukarelawan telah memberikan respons yang positif. Semoga semangat kesularelaan akan terus bertapak di kalangan masyarakat Malaysia khususnya di kalangan remaja kerana khidmat bakti mereka bukan sahaja mendapat penghargaan di dunia tetapi juga pembalasan di akhirat jika melakukan dengan niat yang ikhlas. 
footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: