44 Tahun Anugerah Sukan Negara

Dipetik dari SINI.

Anugerah Sukan Negara sudah mencecah 44 tahun

AZIZULHASNI Awang dan Datuk Nicol David telah dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2009, Selasa lalu.
Nicol memenangi anugerah ini buat kali ketujuh dan trend atlet wanita mendominasi anugerah ini memang berlaku seperti sebelumnya Nurul Huda Abdullah, perenang sensasi negara yang memenanginya banyak kali.
Pasangan Leong Mun Yee dan Pandelela Rinong memenangi Anugerah Pasukan Wanita kerana pencapaian pingat gangsa pada Kejohanan Dunia tahun lalu.
Undi telah memihak kepada pasukan Bola sepak Sukan SEA Laos untuk memenangi Anugerah Pasukan Lelaki dan K. Rajagobal memenangi hadiah Jurulatih Lelaki Kebangsaan. Setinggi tahniah kepada mereka.
Anugerah Sukan Negara telah dimulakan pada tahun 1966 oleh Syarikat Rothmans.
Pada masa itu, syarikat tembakau dibenarkan menaja acara sukan dan bola sepak mendapat faedah yang besar untuk menghidupkan Liga Semi Pro dan Pro sehingga syarikat berkenaan terpaksa menghentikan tajaannya oleh kerana dasar global yang tidak membenarkan syarikat tembakau menaja acara sukan.
Kerajaan akhirnya mengambil alih urusan mengelolakan anugerah ini melalui Kementerian Belia dan Sukan.
Apabila Majlis Sukan Negara (MSN) diaktifkan semula, maka urusannya dikendalikan oleh MSN dan kalau tidak silap saya mulai tahun 1984.
Upacara anugerah ini pada mulanya diadakan pada siang hari sama berserta dengan jamuan makan tengahari atau pun pada sebelah petang di Stadium Negara atau di dewan yang sesuai umpamanya di Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur.
Allahyarham Datuk Sudirman Arshad pernah mengacarakan sebahagian daripada urusan anugerah ini di Stadium Negara.
Beliau menyanyikan lagu Basikal Tua yang kebetulan pada tahun itu M. Kumaresan memenangi anugerah berkenaan.
Yang lucunya basikal yang dipinjam daripada seorang pekerja DBKL didapati hilang pada keesokan paginya dan MSN terpaksa mengganti basikal tersebut.
Anugerah ini memang menjadi simbol keagungan sukan serta penghormatan negara kepada atlet-atlet yang cemerlang pada tahun sebelumnya.
Ia merupakan acara tahunan yang tanpa putus telah dianjurkan oleh MSN.
Kepada sebilangan pemimpin persatuan sukan, ia merupakan acara biasa dan setengahnya tidak kisah pun menjawab kehadiran mereka.
Bayangkan setengah daripada pemimpin ini telah menerajui persatuan masing-masing lebih dari 20 tahun dan dalam tempoh itu mereka menerima jemputan setiap tahun.
Kecuali atlet mereka memenangi salah satu daripada anugerah berkenaan yang lainnya mungkin tidak mempunyai motivasi untuk hadir.
Daripada 49 persatuan yang diminta mencalonkan atlet atau pasukan ataupun pemimpin yang layak, hanya 17 persatuan yang memberi maklum balas dan mengemukakan calon-calon.
Sebanyak 32 persatuan tidak mencalonkan apa-apa.
Ada yang berpendapat bahawa persatuan yang tidak membuat pencalonan ini tidak menunaikan tanggungjawab mereka.
Setiap persatuan sukan kebangsaan mesti menamakan atlet terbaik mereka setiap tahun meskipun pencapaiannya tidak seberapa.
Sama ada mereka mengemukakan atlet terbaik mereka kepada urus setia anugerah, itu terpulang oleh kerana ada yang berpandangan bahawa hanya atlet yang mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan sahaja patut dicalonkan.
Saya juga berkongsi pendapat dengan pihak-pihak yang ingin melihat perubahan ke atas upacara anugerah ini.
Mungkin anugerah ini boleh diadakan di negeri-negeri yang akan menganjurkan Sukan Malaysia atau negeri yang menjadi pemenang Sukan Malaysia.
Mungkin juga anugerah ini boleh dianjurkan di sekolah-sekolah yang terpilih atau dibuka kepada pihak-pihak yang ingin menganjurkan anugerah ini.
Anugerah ini patut dibawa untuk dekat dengan peminat sukan tanah air supaya tidak hanya dinikmati oleh sebilangan pihak yang tertentu sahaja setiap tahun.
Apa pun saya menyokong di atas usaha untuk memberi nafas baru kepada anugerah ini asalkan tidak merupakan pasport untuk belanja sakan seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Author: zaharibb

I am just a small blogger writing about sports, travel and lifestyle and turned into a social media influencer. Will undertake to accept write up invitations. to blog and to share on my social media platforms,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s