Aging In Sports – Preventive Measures : The Seminar

Majlis Sukan Negara bukan sekadar menyediakan latihan khusus untuk sukan sahaja kepada atlet tetapi juga merentasi lain-lain aspek yang ada hubungkit dengan sukan dan kesukanan. 
Hari ini berlangsung satu kelainan input di kalangan atlet dan pegawai Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara dan pihak-pihak yang bergiat dalam sukan apabila Cawangan Pembangunan Organisasi Majlis Sukan Negara menganjurkan satu seminar bertajuk Aging In Sports – Preventive Measures. Idea untuk menganjurkan seminar sedemikian dicetuskan oleh Pengarah Cawangan berkenaan, En. Suhardi Alias.
Seminar singkat yang diadakan di Dewan Perdana di Majlis Sukan Negara itu telah dihadiri oleh atlet-atlet kebangsaan, pegawai-pegawai dan kakitangan Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara, Pejabat Pesuruhjaya Sukan, Setiausaha Kehormat Persatuan Sukan Kebangsaan, Setiausaha Eksekutif Persatuan Sukan Kebangsaan dan beberapa tetamu jemputan. 
Majlis dimulakan dengan satu pembentang kertas di bawah tajuk yang sama oleh Dr. Mahathir Mohamed (gambar)seorang pakar dalam bidang anti-aging. Dalam pembentangan itu, beliau telah memberikan faktor-faktor yang menyebabkan penuaan yang cepat di kalangan individu serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk melambatkan proses tersebut. Dr Mahathir juga telah memberikan beberapa tips-tips untuk melambatkan proses itu seperti bersenam, memilih makanan yang sesuai disamping beberapa terapi moden yang terdapat di pasaran hari ini. 
Selepas pembentangan Dr. Mahathir diadakan pula sesi forum yang mendapat sambutan hangat di kalangan mereka yang hadir apabila penganjur telah mengundang dua orang personaliti terkenal untuk berkongsi pengalaman dan amalan masing-masing yang menyebabkan mereka kelihatan masih awet muda dan sihat. Dua orang personaliti yang dimaksudkan ialah Aznil Hj. Nawawi dan penyanyi popular tahun 70an, Salamiah Hassan. Pengarah Cawangan Pengurusan Organisasi telah menjadi moderator untuk sesi tersebut.

Satu perkara yang menarik yang dibangkitkan oleh Aznil Hj. Nawawi ialah bahawa salah satu amalan yang beliau ikuti ialah tidak lupa pada ajaran Islam. Islam telah menetapkan amalan-amalan dan panduan dalam hidup yang perlu dipatuhi oleh penganutnya seperti makan secara berpada-pada dan berpuasa dan ini adalah amalan yang dipatuhi oleh Aznil. 

Para hadirin di sesi seminar tersebut telah dihidangkan dengan dua perspektif dalam mengawal proses penuaan di kalangan individu iaitu perspektif sains oleh Dr. Mahathir dan perspektif amalan harian daripada dua orang personaliti seni yang diundang. 
Di akhir majlis berkenaan satu kejutan telah dibuat oleh penganjur iaitu acara memotong kek hari lahir untuk dua individu yang menyambut hari lahir mereka iaitu Pn Hjh Zaiton Othman, Pengarah Bahagian Pengurusan Organisasi dan Hal Ehwal Atlet serta Pn Salamiah Hassan. 
Pn. Hjh. Zaiton Othman dan Salamiah Hassan meniup lilin sempena menyambut hari lahir mereka.
Kredit: Gambar Dr. Mahathir Mohamed oleh Rafli Buang- Jurugambar MSN
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s