Nostalgia Bersama Bekas Atlet Negara

Bekas pemain bolasepak kebangsaan telah mengalahkan pasukan Malaysia Singapore Vintage Car Register (MSVCR) 4 – 0 dalam satu perlawanan persahabatan. Ia diadakan di Padang Bolasepak Majlis Sukan Negara pada 25 Julai 2010 dan dikelolakan oleh Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB). Nama-nama besar dalam bolasepak di tahun 70an dan 80an telah menjayakan majlis yang diresmikan oleh Ketua Pengarah ISN YBhg. Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz. 
Disamping itu satu pameran kereta vintage juga diadakan di perkarangan astaka padang bolasepak berkenaan.