Hilangkan Identiti Bukit Bendera Hilang Heritage

Baca dalam The Star bahawa gerabak baru keretapi Bukit Bendera sudah tiba di Pulau Pinang dan akan memulakan ujian tidak lama lagi.  

Gerabak baru Apakah gerabak ini akan menghapuskan peluang menikmati udara bukit yang dingin dan segar semasa dalam perjalanan naik atau turun.

Perjalanan terakhir sistem keretapi  itu memberikan perkhidmatan terakhirnya pada 21 Januari 2010 dan kemudian ianya ditutup untuk penaikan taraf serta mengantikannya  dengan gerabak yang lebih moden. Maka tarikh 21 Februari 2010 telah mematikan sebahagian besar nostalgia dan keunikan perkhidmatan keretapi funicular Pulau Pinang itu. Ianya walaupun masih lagi meneruskan perkhidmatan telah menutup terus satu lembaran sejarah negara. Satu lagi komoditi heritage negara terhapus.

Gambar dari Sun2surf : antara gerabak lama yang menamatkan perkhidmatan pada tahun 2010 menggantikan gerabak begini

Gambar dari wikipedia
Sayang sekali kita terpaksa menelan bahawa satu tarikan pelancong ke Bukit Bendera bukan sahaja udaranya yang dingin serta memberikan pemandangan yang indah terhadap kawasan Georgetown dan Seberang Perai, tetapi pada perkhidmatan keretapinya itu. Ianya samalah dengan keunikan feri yang berulang alik antara tanah besar semenanjung dengan Pulau Mutiara walaupun sudah ada Jambatan Pulau Pinang, naik feri merupakan satu pengalaman yang patut dialami. 
Tertanya-tanya juga apakah kita tidak gemar menyimpan bahan sejarah? Bahan sejarah ini adalah satu daya tarikan kepada pelancung. Sekiranya mereka boleh merasai apa yang ada di tempat lain di dunia, ia akan menghilangkan nafsu untuk datang. Sebab itu salah satu projek homestay mendapat sambutan kerana pelancung ingin merasai sesuatu yang unik yang terdapat di negara kita. 
Hong Kong adalah sebuah kepulauan yang membangun dengan pesat juga mengekalkan identiti. Dia daripadanya ialah tram dan Star ferry.
Trundle across Hong Kong island for $2
Star Ferry and the Island skyline
San Francisco Streetcar di San Farncisco juga mengekalkan bentuk tram sebagai satu tarikan pelancong.
Saya bernasib baik kerana berpeluang merasai bahan heritage di Bukit Bendera tersebut.

Pusingan Akhir Piala Malaysia 2010

Keputusan Undian Piala Malaysia 2010

August 7th 2010 | Posted by Liga Malaysia
Kedudukan Kumpulan Piala Malaysia 2010


KUMPULAN A

KUMPULAN B

KUMPULAN C

KUMPULAN D

  • Selangor
  • T-Team
  • Perlis
  • Felda United
Jadual perlawanan
PIALA MALAYSIA 2010
Pusingan pertama akan dijalankan pada 14, 17 dan 20 Sept dan pusingan kedua pada 3 ,6,dan 9 Okt


Enhanced by Zemanta

Panduan Untuk Peminat Fotografi Sukan

Posting ini bukan mengenai kegiatan sukan tetapi ada kena mengena dengan sukan. Kali ini saya hendak berkongsi dengan anda satu posting tentang fotografi. Fotografi dengan sukan tidak dapat dipisahkan sama ada sebagai bahan kenangan, bahan untuk laporan atau bahan untul buletin, majalah dan akhbar. Mengambil foto yang memberikan kesan kepada mereka yang melihat adalah satu faktor yang penting. 


Artikal yang ini saya petik dari SINI. Artikal ini ditulis oleh penulis undangan laman berkenaan  Pamela Aurino. Saya hanya mengambil point sahaja dan sesiapa ingin mengetahui lebih lanjut silalah layari laman web berkenaan.  Tip-tip yang diberikan ialah:


sports-photography.JPG1) Setting kamera – Burst mode, Focal Point dan Aperture Priority
2) Rakam dalam format JPG
3) Setting lenca F2.8 
4) Gunakan Image Stabiliser dan Focus Mode
5) Ambil kira waktu rakaman dibuat
6) Pastikan nampak mata subjek dalam rakaman
7) Masukkan peralatan yang digunakan untuk sukan itu.
8) Jika ada, pakailah vest jurufoto resmi yang dikeluarkan oleh penganjur. 
sports-photography-tips.JPG































Lagi hasil-  hasil  Pamela 
 http://www.elaphotography.com.au.



Bacaan lanjut : http://digital-photography-school.com/8-tips-on-how-to-photograph-sports#ixzz0xHP7pBUC


Kredit Foto: Digital Photography School 

Enhanced by Zemanta
footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: