Sejauh Manakah Laman Web Resmi CWG Memberikan Info

Saya yakin ramai peminat sukan di Malaysia pastinya menjadikan laman web resmi XIX Commonwealth Games sebagai salah satu sumber rujukan resmi untuk mengetahui perkembangan terkini sukan tersebut yang sedang berlangsung di New Delhi. Saya sendiri pun telah bookmark URL laman tersebut untuk senang dirujuk. Namun semikian bagi saya laman tersebut tidak banya membantu untuk kita mencari maklumat. 
Semasa menyemak status pungutan pingat terkini, didapati Malaysia telah menambahkan satu lagi pingat emas tetapi tidak tahu siapa yang mememangi pingat keempat tersebut. Ini sekadar satu contoh. Begitu juga laman web kontingen Malaysia yang dikendalikan oleh Majlis Sukan Negara. Jika di klik pada Keputusan Pertandingan pelayar tidak terus diberikan info yang dicari sebaliknya berbentuk senarai artikal bagi sukan-sukan yang dipertandingkan. Teknik ini banyak membuang masa lebih-lebih lagi dengan kelajuan Broadband kita yang macam siput itu. Malam ini sudah masuk 9hb Oktober 2010 tetapi laporan keputusan yang terdapat pula paling terkini ialah pada 7hb. Oktober 2010. Bagi saya laman web gagal memberikan info yang diperlukan. 
Berbalik kepada pada laman resmi CWG, apabila seseorang itu hendak melihat jadual pertandingan, ia boleh diperolehi pada schedule. Sebaik sahaja klik, kita akan dipaparkan dengan Sports Tracker dalam Flash. Memang cantik dan seolah-olah sama dengan sebuah laman web semasa World Cup 2010 di Afrika Selatan dahulu yang sangat informatif. Setiap kali mencari maklumat di situ, saya tidak pernah lagi memerolehi startlist untuk acara-acara yang dipaparkan 
Cuba pula anda cari start list pada Schedule and Result. Anda tidak akan dipaparkan senarai secara drop down menu sebaliknya dalam bentuk Adobe reader yang didownload dulu pada komputer anda. Pelik betul, programming yang dicipta ini. Malah saya dapati semua maklumat terpaksa download terlebih dahulu sebelum boleh dibaca. 
Saya pun tak tahu bagiamana hendak mencari maklumat selebihnya dari laman web resmi berkenaan. 
Laman web Kontingen Malaysia pun tidak begitu membantu. Anda hendak tahu siapa atlet Malaysia yang bertanding dalam acara-acara tertentu? Cuba cari di mana? 
Saya tidak pastilah sama ada laman ini di kemaskini sepanjang masa atau secara harian. Saya berpendapat sedemikian kerana semasa saya sedang menulis posting ini keputusan perlawanan badminton Mixed Team antara Malaysia dan India sudah diketahui, tetapi dalam laman web resmi tersebut tidak ada apa yang dikemaskini termasuklah kemenangan Datuk Nicol dalam skuasy. 
Laman web seperti ini memberi khidmat hanya sepanjang masa sukan Komanwel berlangsung dengan tujuan untuk memberikan maklumat terkini dan sewajarnya dapat membantu pelawat dari segi informasi terkini. Saya yakin ada webmaster yang ditugaskan untuk mengendalikan laman ini yang sepatutnya sentiasa mengemaskini sebaik sahaja ada maklumat terbaru memandangkan MSN juga ada sekretarianya di New Delhi untuk memperolehi maklumat. 
Dalam era media sosial yang semakin mendapat tempat di alam siber, saya berpendapat MSN wajar menugaskan skuad siber di venue-venue untuk relay info terkini dan live bukan sahaja di laman web resmi mereka tetapi juga menggunakan “craze” masa kini seperti Twitter dan Facebook. Saya tidak pasti sama ada ada page untuk itu di Facebook. Apa lagi dengan adanya kemudahan smartphone seperti Blackberry dan iPhone, tidak ada alasan untuk tidak menggunakannya. Dalam hal ini saya memuji tweeple @Pelapis ada mengambil kesempatan menggunakan media sosial ini. 
Bagaimana jika anda melawat kembali laman web SUKMA Melaka 2010 sebagai perbandingan.