Tahniah Kontinjen Malaysia

Setinggi tahniah wajar diberikan kepada semua pihak yang telah berjaya mencipta sejarah di Sukan Komanwel XIX ,New Delhi 2010 dengan mencipta satu sejarah baru dalam arena sukan negara. Pencapaian 12 pingat Emas, 10 pingat Perak dan 13 Gangsa sekali gus menduduki tempat ke tujuh keseluruhan adalah merupakan pungutan terbesar atlet negara di dalam temasya di luar negara. Pungutan terbaik sebelum ini ialah di Kuala Lumpur 98 dengan 10 pingat Emas sewaktu negara kita menjadi tuan rumah sukan itu. 
Kejayaan tersebut bukan kerja seorang tetapi secara kolektif semua pihak dan ia merupakan sesuatu yang cukup manis untuk dikecapi oleh seluruh rakyat Malaysia. Ia juga sebagai pembuka mata bahawa jika kita ingin mencapai kejayaan, sesungguhnya kita boleh melakukan. 
Saya masih ingat lagi kata-kata YBhg. Datuk Zolkples Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara semasa perhimpunan bulanan warga Majlis Sukan Negara sebelum berlangsungnya Sukan Komanwel. Dalam majlis tersebut, beliau mengatakan bahawa Sukan Komanwel ini amat penting sekali kerana ia merupakan KPI kepada YB Menteri Belia dan Sukan. Dengan kecemerlangan ini saya rasa, YB Menteri Belia dan Sukan sudah mampu tidur lena. Begitu juga dengan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara. 
Walau apapun, cabaran negara masih belum berakhir dengan terpadamnya api obor Sukan Komanwel XIX itu. Atlet negara masih ada satu lagi cabaran yang lebih besar dan lebih hebat yang menanti mereka pada bulan November nanti iaitu Sukan Asia di Guangzhou. Sukan Asia, walaupun hanya melibatkan negara-negara di Asia, tetapi cabaran dan mutu pertandingannya adalah lebih tinggi berbanding Sukan Komanwel. 
Di Sukan Asia nanti, kita akan berhadapan dengan cabaran negara-negara di benua Asia yang tidak kurang hebatnya di peringkat Olimpik seperti China, Jepun dan Korea. Di samping itu di kalangan negara Asia Tenggara pula kita akan mempunyai cabaran baru iaitu Thailand dan Indonesia disamping Singapura yang hampir-hampir memalukan kita di New Delhi. Semoga atlet kita tidak terus diulit mimpi kejayaan di New Delhi kerana saya kira ia baharu sahaja sesi pemanas badan kerana cabaran sebenar atlet negara ialah di Guangzhou. 
Syabas sekali lagi kepada kontinjen negara dan selamat bertanding di Sukan Asia yang akan bermula pada 12 november dan tamat pada 27 November 2010. Selepas itu baharulah kita merayakan kejayaan yang sebenarnya.  

Sekitar Sambutan Kontinjen Malaysia Dari New Delhi

Gambar sekitar sambutan atlet dan pegawai kontinjen Malaysia yang mulai balik dari Sukan Komanwel, New Delhi. 
Jurugambar mesti ada. Selalunya En Rafli ni berada di belakang kamera dan kali ini julung-julung kalinya beliau berada di hadapan kamera pula. Rasa juga muka masuk dalam foto. 
Bapa yang sayangkan anak pasti membawa balik oleh-oleh untuk anak kesayangan. Teddy ini dari Amirul untuk anak. Kredit Gambar: Azrul
Yang ni bukan atlet tau. Kredit Gambar: Azrul
YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan diwawancara oleh pemberita. Kredit Gambar: Azrul

YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan bermesra dengan anak badang negara, Amirul di KLIA. Kredit Gambar: Azrul

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: