2010 Tahun Gemilang Sukan Malaysia

Malam tadi perlawanan akhir Piala AFF Suzuki telah berlangsung di Gelora Bung Karno, Jakarta dan pasukan bolasepak Indonesia telah berjaya mengatasi Harimau Malaya (Malaysia) 2-1. Kesemua gol dijaringkan dalam separuh masa kedua. Pemain Indonesia telah bersungguh-sungguh mempamerkan kehebatan mereka dan nampak menguasai perlawanan memaksa barisan pertahanan Malaysia bekerja keras dan saya rasa penjaga gol Khairul Fahmi patut diberikan tahniah bukan sahaja kerana berjaya mengagalkan sepakan penalti yang diperolehi pasukan Indonesia tetapi bekerja keras mengawal pintu golnya daripada dibolosi.
Walaupun tewas 2-1 tetapi Malaysia tetap muncul sebagai juara dengan agregat 4-2 hasil daripada kemenangan 3-0 di Bukit Jalil pada 26 Disember lalu. Tahniah kepada seluruh pasukan kebangsaan daripada barisan pemain sehinggalah ke pasukan sokongan yang bersama-sama mereka. Tidak ketinggalan ucapan tahniah diberikan kepada jurulatih K Rajagopal yang berjaya menbawa keluar bolasepak Malaysia daripada zaman kemelesatan, walaupun masih terlalu awal untuk mengatakan bolasepak kita sudah bangkit semula.
Kejayaan skuad bolasepak kebangsaan membawa pulang piala AFF Suzuki itu menutup tirai sukan tanahair dengan penuh kegemilangan setelah kejayaan negara mempamerkan kecemerlangan di Sukan Komanwel di New Delhi, Sukan Asia di Guangzhou dan Sukan Paralimpik juga di Guangzhou. Di samping itu Ratu Skuasy negara, Datuk Nicol David dan juga Datuk Lee Chong Wei terus mengekalkan ranking sebagai pemain nombor satu dunia dalam sukan masing-masing.
XVI Asian Games
Emblem of Guangzhou 2010 Asian Para Games
Kita juga nampak kebangkitan atlet-atlet yang akan terus memberikan sinar harapan di tahun-tahun akan datang. Pandalela Renong dan Azizul Hasni Awang sekadar beberapa nama yang akan menyinari gelangan sukan negara di peringkat antarabangsa. Semoga kabangkitan mutu sukan negara ini akan memberikan kita harapan untuk membawa balik pingat Emas pertama negara di Sukan Olimpik melalui program Road to London 2012.  
Sekalung tahniah kepada atlet negara yang mengambil bahagian dalam semua sukan peringkat antarabangsa tersebut. Tidak kena jika kita tidak memberikan penghargaan dan tahniah juga kepada Menteri Belia dan Sukan serta Timbalan-timbalan beliau, Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara Majlis Olimpik Malaysia dan juga peranan Majlis-majlis Sukan Negeri-negeri dalam usaha mereka membangunkan sukan negara walaupun ada ketikanya menerima kritikan hebat dari peminat dan rakyat. Peminat sukan juga tidak patut dilupakan kerana sokongan mereka yang memberi semangat kepada atlet untuk mencapai kejayaan.
TAHNIAH MALAYSIA!! TAHNIAH HARIMAU MALAYA!!

Twitter Dan Piala AFF Suzuki

Tidak dapat dinafikan Twitter juga agak sesak walaupun tidak sesesak di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebelum, semasa dan selepas tamat perlawanan akhir pertama malam tadi. Ternyata twitter adalah salah satu laman sosial yang semakin mendapat tempat di kalangan pengemar laman sosial walaupun kliennya mungkin tidak sama dengan Facebook, Myspace dan sebagainya.
Posting-posting meniup semangat kepada barisan pemain  sudah bermula lebih awal daripada sepak mula lagi. Peminat boleh menghantar mesej kepada #Nikeshout. Ini mungkin salah satu daripada trending topic yang diujudkan. 
Nama Rahma Azhari ini hangat di seberang sana sebagai orang yang menjadi ‘pengintip’ untuk mencungkil rahsia dan strategi jurulatih yang akan digunakan semasa perlawanan akhir nanti. Mengikut sebuah laman web terselubung, ada sebuah posting yang mengaitkan Rahma Azhari. Wanita ini dilabelkan sebagai pengintip nombor 1 di Indonesia. 
Berikut saya petik apa yang ditulis di Tersebulung
Setelah sukses mendekati pelatih Philipine untuk mendapatkan bocoran taktik yang akan digunakan kesebelasan philipine melawan Indonesia, kini Rahma Azhari beraksi kembali mendekati pelatih Malaysia Raja Gopal untuk mendapatkan informasi taktik yang akan digunakan raja gopal pada pertandingan leg ke dua di GBK antara Indonesia vs Malaysia.

Dipaparkan juga gambar hiasan sebagai mendakwa kehebatan Rahma tetapi ia hanya satu foto menggunakan teknik photoshop. Lihat hasilnya di bawah. 
https://i0.wp.com/gosip.ucilblog.com/wp-content/uploads/2010/12/rahma_azhari_timnas_filipina3.jpg
Selepas jurulatih Filipina, Rajagopal pula akan menjadi mangsa kedua seperti yang terdapat dalam posting oleh seorang tweeter. Mungkin juga ia sebagai satu bahan sendaan untuk menambahkan lagi asam garam kehangatan Final Piala AFF Suzuki itu. Mungkin juga ia satu perang psikologi.
Malam tadi selepas penjaga gol Indonesia diganggu oleh sinaran laser daripada penonton yang tidak bertanggungjawab, tweeter sekali lagi menjadi medan untuk melepaskan geram oleh majoriti penonton di Indonesia (pada pendapat saya), sehingga #malaysiacheatlaser telah menjadi world number one trending topic dalam tweeter. Gangguan sinaran laser ini juga terdapat semasa perlawanan pertama separuh akhir antara Malaysia dan Vietnam, juga di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Apakah penyeludupan masuk alat pancaran laser ini akan menjadi satu trend sukan?

Screen capture ini diambil dari sini
Lihat juga bagaimana pemalsuan dilakukan dan tweeter aswin_ant telah membuat pendedahan penipuan tersebut.

http://www.tweetwawa.com/

Atas: Gambar yang didakwa menggunakan pancaran laser sementara gambar bawah ialah gambar asalnya

The malaysian

Sila baca juga DI SINI

Walau bagaimanapun, memang terbukti Malaysia menang kerana penggunaan laser. Lihat gambar ini.
#
#
#
#
#
#

Babak Pertama Piala AFF Suzuki 2010

Skuad bolasepak kebangsaan telah mengharungi babak pertama dengan bergaya apabila mengatasi Indonesia 3 – 0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 26 Disember 2010. Kini 29 Disember 2010 akan menjadi detik paling bersejarah bagi skuad bimbingan Rajagopal itu jika dapat mempertahankan kemenangan itu di Jakarta, Indonesia. Seluruh peminat bolasepak negara menanti dengan penuh harap piala berprestij bolasepak di negara Asean itu dapat diterbangkan ke Kuala Lumpur.

Jika selepas wisel penamat pada 29 Disember nanti mengesahkan Malaysia menjuarai piala itu, sudah pasti KLIA akan menjadi tumpuan majlis sambutan kepulangan skuad negara. Jika menang bermakna, Malaysia akan menutup lembaran sukan negara pada tahun 2010 ini dengan penuh bergaya. Kontingen atlet ke Sukan Komanwel di India telah mencapai kejayaan terbaik, malah lebih baik daripada semasa Kuala Lumpur menjadi tuan rumah pada tahun 1998, sejak menyertai temasya di kalangan negara-negara bekas empire British itu. Disusuli pula dengan kejayaan Kontingen atlet ke Sukan Asia di Guangzhou mencapai sasaran dan selepas itu Kontingen Paralimpik negara pula pulang dari Guangzhou dengan kejayaan yang melepasi sasaran. Kini kita menanti keputusan penuh Piala AFF Suzuki pula. “Separuh masa” pertama Malaysia sedang mendahului.

Buat pertama kalinya saya lihat Stadium Nasional Bukit Jalil penuh sesak sehingga kesemua tingkat telah diisi penonton. Kapasiti stadium itu ialah 80,000 penonton tetapi apa yang dapat dilihat yang berada di dalam stadium melebihi jumlah tersebut. Semua tempat duduk sudah dipenuhi, di sepanjang pegar laluan untuk naik ke teres juga penuh sesak dengan penonton berdiri dan mereka ini sudah tidak ada tempat duduk. Di seluruh perkarangan sekitar dalam stadium pula masih beribu lagi yang bergegas ke sana sini mencari ruang untuk masuk ke teres bagi menonton perlawanan. Tetapi ternyata keciwa kerana sudah tidak ada ruang. Persoalannya adakah FAM atau pihak penganjur menjual tiket melebihi kapasiti? Adakah FAM lebih mementingkan keuntungan daripada servis yang sepatutnya diberikan kepada mereka yang membeli tiket. Mungkin diantara penonton yang berada di dalam stadium masuk melalui cara memanjat pagar. Saya sendiri nampak ramai yang memanjat pagar untuk masuk (termasuk kanak-kanak) di bahagian hadapan stadium yang tidak ada kawalan langsung.

Saya mendapat tiket VIP tetapi apabila hendak masuk, diarahakan angkuhnya oleh penjaga di pintu VIP untuk masuk melalui pintu merah bersama pembeli tiket yang lain. Nasib baik saya dapat tiket it complimentary. Sebaik sahaja masuk, dapat dilihat penonton berpusu-pusu memanjat tanga untuk naik ke tingkat paling atas dan saya pun ikut sama. Tetapi sebaik sahaja sampai merasa keciwa kerana sudah tidak ada ruang lagi untuk masuk ke teres dan bila sampai saya dapati berada di ruang penyokong Indonesia. Ini bermakna apa gunanya memisahkan penonton jika tidak ada kawalan keselamatan di garis pemisah. Nasib tidak ada insiden buruk berlaku. Keciwa kerana tidak dapat menonton secara terus, saya mengambil keputusan untuk pergi sahaja ke Food Court dan menonton melalui siaran langsung di TV sahaja.

Jika FAM sudah boleh menjangka penonton akan ramai, mengapa tidak menyediakan layar besar untuk dipaparkan kepada mereka yang tidak dapat masuk. Sekurang-kurangnya dapat terubat sedikit kekeciwaan kerana tidak dapat berada di teres. Sudahlah mereka membayar harga tiket RM30 dan mungkin ada yang membeli tiket RM50. Bayangkan berapa banyak FAM untung atas angin kerana tidak memberikan servis setimpal dengan wang yang mereka keluarkan.

Saya berkesempatan berbual dengan beberapa orang di tangga dan mereka memberitahu, “Memang selalu macam ni bang. Piala Malaysia pun jadi macam ni. Tengok. Mana ada orang FAM yang ambil tahu apa yang berlaku. Kami pun rasa keciwa kerana FAM ambik sikap lepas tangan……” Itulah antara luahan mereka.