Babak Pertama Piala AFF Suzuki 2010

Skuad bolasepak kebangsaan telah mengharungi babak pertama dengan bergaya apabila mengatasi Indonesia 3 – 0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 26 Disember 2010. Kini 29 Disember 2010 akan menjadi detik paling bersejarah bagi skuad bimbingan Rajagopal itu jika dapat mempertahankan kemenangan itu di Jakarta, Indonesia. Seluruh peminat bolasepak negara menanti dengan penuh harap piala berprestij bolasepak di negara Asean itu dapat diterbangkan ke Kuala Lumpur.

Jika selepas wisel penamat pada 29 Disember nanti mengesahkan Malaysia menjuarai piala itu, sudah pasti KLIA akan menjadi tumpuan majlis sambutan kepulangan skuad negara. Jika menang bermakna, Malaysia akan menutup lembaran sukan negara pada tahun 2010 ini dengan penuh bergaya. Kontingen atlet ke Sukan Komanwel di India telah mencapai kejayaan terbaik, malah lebih baik daripada semasa Kuala Lumpur menjadi tuan rumah pada tahun 1998, sejak menyertai temasya di kalangan negara-negara bekas empire British itu. Disusuli pula dengan kejayaan Kontingen atlet ke Sukan Asia di Guangzhou mencapai sasaran dan selepas itu Kontingen Paralimpik negara pula pulang dari Guangzhou dengan kejayaan yang melepasi sasaran. Kini kita menanti keputusan penuh Piala AFF Suzuki pula. “Separuh masa” pertama Malaysia sedang mendahului.

Buat pertama kalinya saya lihat Stadium Nasional Bukit Jalil penuh sesak sehingga kesemua tingkat telah diisi penonton. Kapasiti stadium itu ialah 80,000 penonton tetapi apa yang dapat dilihat yang berada di dalam stadium melebihi jumlah tersebut. Semua tempat duduk sudah dipenuhi, di sepanjang pegar laluan untuk naik ke teres juga penuh sesak dengan penonton berdiri dan mereka ini sudah tidak ada tempat duduk. Di seluruh perkarangan sekitar dalam stadium pula masih beribu lagi yang bergegas ke sana sini mencari ruang untuk masuk ke teres bagi menonton perlawanan. Tetapi ternyata keciwa kerana sudah tidak ada ruang. Persoalannya adakah FAM atau pihak penganjur menjual tiket melebihi kapasiti? Adakah FAM lebih mementingkan keuntungan daripada servis yang sepatutnya diberikan kepada mereka yang membeli tiket. Mungkin diantara penonton yang berada di dalam stadium masuk melalui cara memanjat pagar. Saya sendiri nampak ramai yang memanjat pagar untuk masuk (termasuk kanak-kanak) di bahagian hadapan stadium yang tidak ada kawalan langsung.

Saya mendapat tiket VIP tetapi apabila hendak masuk, diarahakan angkuhnya oleh penjaga di pintu VIP untuk masuk melalui pintu merah bersama pembeli tiket yang lain. Nasib baik saya dapat tiket it complimentary. Sebaik sahaja masuk, dapat dilihat penonton berpusu-pusu memanjat tanga untuk naik ke tingkat paling atas dan saya pun ikut sama. Tetapi sebaik sahaja sampai merasa keciwa kerana sudah tidak ada ruang lagi untuk masuk ke teres dan bila sampai saya dapati berada di ruang penyokong Indonesia. Ini bermakna apa gunanya memisahkan penonton jika tidak ada kawalan keselamatan di garis pemisah. Nasib tidak ada insiden buruk berlaku. Keciwa kerana tidak dapat menonton secara terus, saya mengambil keputusan untuk pergi sahaja ke Food Court dan menonton melalui siaran langsung di TV sahaja.

Jika FAM sudah boleh menjangka penonton akan ramai, mengapa tidak menyediakan layar besar untuk dipaparkan kepada mereka yang tidak dapat masuk. Sekurang-kurangnya dapat terubat sedikit kekeciwaan kerana tidak dapat berada di teres. Sudahlah mereka membayar harga tiket RM30 dan mungkin ada yang membeli tiket RM50. Bayangkan berapa banyak FAM untung atas angin kerana tidak memberikan servis setimpal dengan wang yang mereka keluarkan.

Saya berkesempatan berbual dengan beberapa orang di tangga dan mereka memberitahu, “Memang selalu macam ni bang. Piala Malaysia pun jadi macam ni. Tengok. Mana ada orang FAM yang ambil tahu apa yang berlaku. Kami pun rasa keciwa kerana FAM ambik sikap lepas tangan……” Itulah antara luahan mereka.     

Author: zaharibb

I am just a small blogger writing about sports, travel and lifestyle and turned into a social media influencer. Will undertake to accept write up invitations. to blog and to share on my social media platforms,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s