2010 Tahun Gemilang Sukan Malaysia

Malam tadi perlawanan akhir Piala AFF Suzuki telah berlangsung di Gelora Bung Karno, Jakarta dan pasukan bolasepak Indonesia telah berjaya mengatasi Harimau Malaya (Malaysia) 2-1. Kesemua gol dijaringkan dalam separuh masa kedua. Pemain Indonesia telah bersungguh-sungguh mempamerkan kehebatan mereka dan nampak menguasai perlawanan memaksa barisan pertahanan Malaysia bekerja keras dan saya rasa penjaga gol Khairul Fahmi patut diberikan tahniah bukan sahaja kerana berjaya mengagalkan sepakan penalti yang diperolehi pasukan Indonesia tetapi bekerja keras mengawal pintu golnya daripada dibolosi.
Walaupun tewas 2-1 tetapi Malaysia tetap muncul sebagai juara dengan agregat 4-2 hasil daripada kemenangan 3-0 di Bukit Jalil pada 26 Disember lalu. Tahniah kepada seluruh pasukan kebangsaan daripada barisan pemain sehinggalah ke pasukan sokongan yang bersama-sama mereka. Tidak ketinggalan ucapan tahniah diberikan kepada jurulatih K Rajagopal yang berjaya menbawa keluar bolasepak Malaysia daripada zaman kemelesatan, walaupun masih terlalu awal untuk mengatakan bolasepak kita sudah bangkit semula.
Kejayaan skuad bolasepak kebangsaan membawa pulang piala AFF Suzuki itu menutup tirai sukan tanahair dengan penuh kegemilangan setelah kejayaan negara mempamerkan kecemerlangan di Sukan Komanwel di New Delhi, Sukan Asia di Guangzhou dan Sukan Paralimpik juga di Guangzhou. Di samping itu Ratu Skuasy negara, Datuk Nicol David dan juga Datuk Lee Chong Wei terus mengekalkan ranking sebagai pemain nombor satu dunia dalam sukan masing-masing.
XVI Asian Games
Emblem of Guangzhou 2010 Asian Para Games
Kita juga nampak kebangkitan atlet-atlet yang akan terus memberikan sinar harapan di tahun-tahun akan datang. Pandalela Renong dan Azizul Hasni Awang sekadar beberapa nama yang akan menyinari gelangan sukan negara di peringkat antarabangsa. Semoga kabangkitan mutu sukan negara ini akan memberikan kita harapan untuk membawa balik pingat Emas pertama negara di Sukan Olimpik melalui program Road to London 2012.  
Sekalung tahniah kepada atlet negara yang mengambil bahagian dalam semua sukan peringkat antarabangsa tersebut. Tidak kena jika kita tidak memberikan penghargaan dan tahniah juga kepada Menteri Belia dan Sukan serta Timbalan-timbalan beliau, Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara Majlis Olimpik Malaysia dan juga peranan Majlis-majlis Sukan Negeri-negeri dalam usaha mereka membangunkan sukan negara walaupun ada ketikanya menerima kritikan hebat dari peminat dan rakyat. Peminat sukan juga tidak patut dilupakan kerana sokongan mereka yang memberi semangat kepada atlet untuk mencapai kejayaan.
TAHNIAH MALAYSIA!! TAHNIAH HARIMAU MALAYA!!
Advertisements

One Comment Add yours

  1. Malaysia played well. Great stuff.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s