Haramkan Rokok Di Dalam Stadium Dan Premis Sukan

No Smoking (3) Semasa membaca sebuah blog tentang semua hotel di Indonesia sudah menjadi Non smoking hotel dan beberapa negara lain mengharamkan rokok di tempat-tempat tertentu, maka terlintas untuk membuat posting ini.

Minta maaflah kepada semua yang merokok kerana aku terpaksa menulis posting dan cadangan ini kerana ingin menyelamatkan kesihatan diriku dan ramai lagi mereka yang juga tidak merokok dan tidak mahu asap percuma.

Salah satu sebab mengapa aku tidak berminat untuk pergi ke stadium untuk menonton perlawanan bolasepak ialah kerana sikap mereka yang merokok dengan bebas semasa menonton sesuatu perlawanan. Walaupun sudah jelas semua premis sukan adalah kawasan larangan merokok tetapi mereka seolah-olah tidak peduli dengan lawangan itu. Mereka bukan sahaja berusaha membunuh diri sendiri tetapi juga berusaha membunuh orang lain juga yang sama-sama menonton perlawanan. Betapa tidak selesanya duduk dengan terpaksa mengelak asap sama ada yang dihembuskan oleh perokok atau yang keluar dari rokok yang di dalam tangan mereka.

Pihak berkuasa juga seolah-olah tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menguatkuasakan larangan merokok di dalam premis sukan dan ini menyebabkan perokok begitu bebas untuk melanggar larangan tersebut. Entah bilakah pihak berkuasa akan bersungguh-sungguh  untuk membanteras tabiat merokok di tempat larangan sedangkan kempen Tak Nak sudah menelan jutaan ringgit tetapi gagal.

Jika kerajaan benar-benar jujur dengan Kempen Tak Nak maka langkah tegas dari segi penguatkuasaan hendaklah diambil. Bukan sekadar berkempen dengan poster dan iklan di TV dan dada akhbar sahaja. Langkah tegas patut diambil.

Tentu kita semua sedar bahawa semasa hendak memasukki stadium untuk apa-apa acara sukan, khususnya bolasepak, pihak berkuasa akan menyenaraikan barang-barang larangan yang tidak boleh dibawa masuk. Antaranya termasuklah payung, wisel, mercun, bunga api, senjata dan sebagainya. Disamping itu juga dilarang membawa masuk botol air mineral yang sering digunakan untuk dibaling ke dalam padang apabila marah kepada petugas perlawanan atau pemain. Saya nampak larangan ini seperti melepas batuk ditangga sahaja kerana bahan lawangan tersebut masih boleh dibawa masuk. Stadium Nasional Bukit Jalil misalnya adalah amat mudah sekali hendak menyeludup bahan larangan. Jika tidak boleh bawa masuk melalui pintu, mereka masih boleh ambil melalui pagar yang tidak ada kawalan. Di sini ketegasan pihak bertanggungjawab boleh dipertikai.

Melalui posting ini saya ingin mencadangkan juga agar rokok juga disenaraikan sebagai bahan larangan dan tidak boleh dibawa masuk ke dalam stadium. Jika boleh berpuasa dari terbit matahari hingga tenggelamnya matahari tanpa menghisap rokok di bulan puasa, apakah tidak dapat bertahan selama lebih kurang 2 jam dengan tidak merokok di kawasan larangan? Jelas tindakan perokok menghisap rokok di dalam premis sukan dan stadium menunjukkan betap tidak disiplinya mereka.

Author: zaharibb

I am just a small blogger writing about sports, travel and lifestyle and turned into a social media influencer. Will undertake to accept write up invitations. to blog and to share on my social media platforms,

2 thoughts on “Haramkan Rokok Di Dalam Stadium Dan Premis Sukan”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s