Pak Lang & Family Corner

Ada sebuah tempat makan baru di Food Court Kompleks Sukan Negara.
Menu istemewa di sini ialah Char Kuey Teow. Dulu Pak Lang ni berniaga di Jalan Radin Anum, Seri Petaling, iaitu di hadapan Mesjid Jamek Seri Petaling. Kemudian menyewa tapak di D’Santai di Bukit Komanwel, dekat dengan IMU.

Sekarang sudah memilikki tempat yang lebih luas dan selesa di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil.
IMG_6511
IMG_6507
Disamping Char Kuey Teow ala Utara yang menjadi specialty, pengunjung juga boleh menikmati Sup, Nasi Goreng, Western Food, Steamboat dan beraneka minuman.

Tak lengkap jika tidak ada item-item selingan. Kepada yang hendak menguji suara, boleh berkaraoke di samping menikmati Shisha.

Tempat letak kereta pun senang dan bagi yang tidak ada kenderaan boleh datang dengan LRT dan turun di Stesen Bukit Jalil. Cuma yang menjadi masalahnya jika ada aktiviti di Stadium Putra khususnya di hujung minggu, kerana pengawal KSN tidak membenarkan kenderaan yang tidak berpelakat masuk.
Gerai Pak Lang di buka mulai tengahari hingga lebih kurang jam 12.30 pagi. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s