Aku bersama keluarga balik ke Alor Setar semasa cuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Walaupun dah banyak kali balik ke Alor Setar kerana itu kampung halamanku, tetapi kali ini nampak sedikit perubahan, khususnya di malam hari di kawasan yang dahulunya lengang.
Kawasan sekitar Balai Nobat dan Balai Besar biasanya tidak ada apa-apa aktiviti pada waktu malam setelah kawasan air pancutan Mahkota di hadapan mesjid Zahir hilang seri dan kemeriahan sejak tahun 90an.
Apa yang menghidupkan kawasan Balai Nobat ialah dengan adanya pokok hiasan berlampu seperti yang terdapat di IT City Shah Alam. Di sekitar perkarangan Balai Nobat itu telah dipasang beberapa pohon pokok dengan daun berwarna warni dan orang ramai mula tertumpu ke situ untuk berehat bersama keluarga ,kawan-kawan dan bergambar. Majlis Bandaraya berjaya menghidupkan malam di Alor Setar yang memalui akhbar arus perdana, Kedah dilaporkan secara negatif sekali sejak berada di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat.
Replika Pintu Gerbang Kota Istana Tengah berlatarbelakangkan Balai Nobat dan Menara Alor Setar
Siapa kata Kedah tidak membangun di bawah Pakatan Rakyat?
wow, biar betul ni… tak sabar nak balik kedah ni.. hehe
kalau dulu kat air pancut tu org ramai, tapi skrg dah sekitar Balai Nobat pula. MMg terkejut juga perubahan Alor Setar sekarang.
ha'ah la.lebih kurang I-city lak
Kecik nyer pintu gerbang replika tuh…kalo tgk gamba lame..pintu gerbang tuh sebesar bangunan 2 tingkat kalo x salah aq…tpi aq tgk pintu gerbang nih cam kecik jer..dorang bina x ikut ukuran pintu asal..