KFA Rehatkan Ahmad Yusof

Kedah tersingkir dari saingan Piala FA setelah dikalahkan oleh Felda United dan tugas melatih Sang Kenari itu dipikul oleh Penolongnya yang bekas pemain Kebangsaan Radhi Mat Din. Tempoh pengantungan beliau belum ditetapkan oleh majikannya Persatuan Bolasepak Kedah.  
Mengantung jurulatih yang tidak perform adalah perkara biasa dalam sukan. Pencapaian seseorang jurulatih adalah seperti juga dalam lain-lain perkara iaitu ada up and down. Begitu juga dengan Pengurus Pasukan selain atlet. 
Berikut beberapa komen yang saya copy dari Facebook sebagai menjawab posting Rizal Hashim, Kasihan Ahmad Yusof
dh lama penyokong bersuara tentang pengurus si dato khazali tu…jurulatih xda kuasa yg penuh utk tentukan sesuatu..sepanjang saya ikuti permainan kedah paling baik ialah pada final piala fa dgn ns thn lepas..selainnya dikira teruk jika hendak dbandingkan dgn pemain yg dimiliki termasuklah semi final piala malaysia dgn kelantan thn lepas..itu bukan standard semi finalis…bertindak terhadap hj ahmad sahaja dgn tiada apa tindakan terhadap pengurus pada sy tidak akan merubah byk perkara utk pasukan kesayangan saya ini..wallahua’lam…


Farish Daniel Chew aku pn plik la dgn team kdh nie..ye la dh la rmai pmain kebangsaan tpi tektikal hancur..aku rsa ahmad yusoof tdk pndai menggunakan pmain2 ini spt mnew k.rajopal menggunakannye..aku rsa mmg patut yusof ditkr dgn coach yg lain spt mnew hodson ditkrkn dgn daglish…


Faktor kemenangan seseorang atlet dan dalam hal ini pasukan bolasepak Kedah bukan sekadar bergantung kepada jurulatih. Team sport adalah merupakan total committment. Semua pihak harus terlibat berusaha sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan. Performance sesebuah pasukan bergantung kepada Pengurus Pasukan, Persatuan, Jurulatih, Khidmat Sokongan, Pemain dan juga penonton. Kesemua aspek ini saling bergantung antara satu sama lain. Jika ada mana-mana pihak yang ‘slack’ maka kekuatan pasukan itu akan terjejas. 


Apabila seseorang atlet itu tidak dapat memberikan performance yang diharapkan dan mencapai plateau sehingga beberapa lama, maka jalan terbaik ialah merehatkan atlet berkenaan untuk satu masa tertentu dan kemudian mulakan dari awal untuk membina pencapaian hingga dapat mengatasi tahap di mana dia mencapai plateau sebelum itu. Mungkin inilah pandangan pengurusan KFA sehingga mengambil keputusan untuk merehatkan Ahmad Yusof buat sementara (atau…… Entahlah).  


Salah satu rujukan sukan yang terbaik untuk mendapatkan info yang baik ialah melalui blog Loose Cannon oleh Rizal Hashim. Dalam postingnya berkaitan perkara ini,  Rizal Hashim ada menulis begini ……..

jadi mangsa keadaan. Pemain tidak berapa suka dengan pengurus Datuk Khazali Din. Ada pemain tidak beri 100 peratus dalam game, tentu ada sebab-musababnya. Jadi Ahmad Yusof barangkali tersepit.


Saya tidak menafikan pandangan beliau. Ada kebenarannya dan mungkin juga meleset. Namun demikian seperti yang saya tulis di atas tadi, pencapaian ialah komitment total. Bacalah posting Rizal sepenuhnya dan anda buat pertimbangan. Sebagai rekod Kedah mencapai double treble semasa Datuk Aziz Osman menjadi Pengurus Pasukan. Adakah wajar Datuk Aziz dibawa masuk semula untuk turn the table? Kepada semua pihak, diharapkan tidak ada unsur politik kepartian dilibatkan dengan sukan kerana ianya akan menjadi pemusnah dalam pencapaian sukan. Seperti yang ditulis oleh salah seorang penyokong Hijaukuning.com……..

eLOK LA DATO’KHAZALI BALIK REHAT DULU…..ak cukup x berkenan bila bola sepak kedah telah d’politik’kan..bila bola sepak d’politikan..punah masa depan bola sepak kedah..hancur….pupuslah persatuan bola sepak klu d’politikan….


Semoga KFA dapat mengambil keputusan yang bijak. Sayangilah KDYMM Tuanku Sultan Kedah kerana Baginda amat berminat dengan sukan ini sehingga tidak melepaskan peluang untuk turut bersama menjadi penyokong setiap kali Kedah bermain. Ingat tak lagi Baginda sanggup berjalan kaki sehingga terjejas kesihatan, untuk sampai ke Stadium Batu Kawan dulu untuk menyokong dan melihat Kedah menjulang Piala FA dulu? 

Author: zaharibb

I am just a small blogger writing about sports, travel and lifestyle and turned into a social media influencer. Will undertake to accept write up invitations. to blog and to share on my social media platforms,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s